Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Mekah lancar perkhidmatan bas dari Masjidil Haram

    KUALA LUMPUR, 17 FEB – Lembaga Diraja Kota Mekah melancarkan perkhidmatan percubaan projek bas Mekah yang menghubungkan Stesen Kereta Api Al-Haramain dan Stesen bas Jabal Omar berhampiran Masjidil Haram.

    Jurucakap rasmi projek pengangkutan Lembaga Diraja Kota Mekah, Dr. Rayan Al-Hazmi berkata projek itu yang dilancarkan pada 14 Februari di Pusat Pengangkutan Bersepadu.
    Pusat Pengangkutan Bersepadu itu turut dilaksanakan di bawah lembaga diraja itu dan akan melancarkan 12 laluan berbeza meliputi seluruh Mekah.

    “Terdapat lebih 450 hentian bas melibatkan jalan utama dan jalan kecil di Mekah serta 400 bas merangkumi 240 bas biasa berkapasiti 85 penumpang dan 160 bas artikulasi berkapasiti 125 penumpang” katanya menerusi klip video yang disiarkan portal dan aplikasi (Ask Makkah).

    Beliau menambah kata untuk menjamin keselamatan jemaah, terdapat empat stesen utama disediakan untuk mengangkut jemaah pergi dan balik dari Masjidil Haram.

    Pusat Pengangkutan Bersepadu Mekah berperanan menyelia keseluruhan operasi dan aktiviti sektor pengangkutan di Kota Mekah, termasuk rangka kerja asas untuk tadbir dan urus sistem pengangkutan selain berusaha mencapai objektifnya untuk meningkatkan kemudahan khidmat pengangkutan bagi penduduk negara itu dan para pengunjung. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...