Mekanik cipta motosikal ‘jarak sosial’

AGARTALA, 30 APRIL – Seorang lelaki tercicir dari sekolah, mencipta sebuah motosikal dengan jarak satu meter antara penunggang dan penumpangnya bagi mengamalkan jarak sosial penting di tengah-tengah pandemik koronavirus.

Partha Saha, 39, membeli sebuah motosikal lama daripada penjual barangan buangan, mengeluarkan enjinnya dan memotong kenderaan itu menjadi dua sebelum menambah sebatang besi panjang satu meter untuk menghubungkan bahagian depan dan belakang.

“Sekarang saya boleh menunggang motosikal bersama anak saya berusia lapan tahun sambil mengamalkan penjarakan sosial,” katanya memberitahu AFP dari Agartala, di negeri Tripura.

Seperti negara lain, kerajaan India melaksanakan perintah berkurung seluruh negara dan menggesa rakyatnya mengamalkan penjarakan sosial bagi mengekang penularan virus.

Sehingga kelmarin, India melaporkan 33,050 kes COVID-19 dengan 1,074 kematian. – AFP

Partha Saha (kiri) mencuba motosikal yang diubahsuai dalam usaha mengamalkan penjarakan sosial bagi mengelak penularan COVID-19, bersama anak perempuannya, Pragya Saha di hadapan rumah mereka di pinggir Agartala. – AFP