Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Melacur untuk sara keluarga, wanita didenda $1,000

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JAN – Mahkamah Majistret memerintahkan seorang wanita Vietnam membayar denda $1,000 atau menjalani hukuman penjara sebulan jika gagal membayar, selepas dia mengaku bersalah terlibat dalam kegiatan pelacuran pada 28 Disember 2022.

    Pendakwa Nurul Husna Haji Abidin mendedahkan di mahkamah bahawa Nguyen Thi Ngoc Thuan, 29, telah menyediakan perkhidmatan seksual kepada seorang lelaki di sebuah bilik hotel di Jalan Tutong dengan bayaran $130 pada 20 Disember 2022.

    Majistret Syaffina Shahif mendengar selanjutnya bahawa defendan ditahan apabila sepasukan keanggotaan Unit Siasatan Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB)  menyerbu bilik hotel itu pada pukul 5:28 petang, di mana mereka turut menemui beberapa barangan yang digunakan untuk kegiatan pelacuran.

    Siasatan lanjut mendapati defendan tiba di negara ini pada 18 Disember 2022, diambil oleh pemandu teksi yang ditetapkan untuk dihantar ke hotel.

    Pengaturan telah dilakukan oleh rakan defendan untuk defendan tinggal di hotel selama dua minggu bertujuan menjalankan aktiviti pelacuran di mana dia akan mendapat 30 peratus daripada pendapatannya, yang akan ditolak untuk perbelanjaan defendan datang ke sini dan pulang ke Vietnam.

    Defendan mempunyai 14 pelanggan sejak tiba dan telah memperoleh pendapatan kasar sebanyak $1,650.

    Pada hari penahanannya sahaja, defendan telah mendapat sembilan pelanggan dengan bantuan rakan defendan yang menguruskan pelanggannya.

    Defendan berkata dia memerlukan wang untuk hidup dan juga menyara keluarganya di negara asalnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...