Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Melaka Titans bangkit dari kealpaan

    MELAKA, 19 JAN – Terhukum dengan kealpaan hingga tersungkur ke Liga Divisyen Satu pada musim lepas, Melaka Titans kini nekad mendominasi saingan Liga Sepak Takraw (STL) yang bermula 1 hingga 6 Februari ini.

    Presiden Persatuan Sepak Takraw Melaka (PASTAM), Datuk Akramuddin Abdul Aziz berkata Melaka Titans juga akan memastikan mereka berada di tahap memuaskan pada tahun ini termasuk melangkah ke perlawanan akhir dan seterusnya kembali ke kancah Liga Perdana untuk musim 2022.

    “Itu mungkin kealpaan kami sebagai ahli jawatankuasa persatuan sehinggakan tidak memberi fokus terhadap Melaka Titans dan akhirnya kalah pada peringkat separuh akhir dan turun ke Liga Divisyen Satu.

    “Saya akui ini kealpaan pihak jawatankuasa dalam mengurus tadbir pasukan Melaka Titans yang pada satu masa berada pada tahap memuaskan dan saya minta maaf kepada peminat,” katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan pemain STL Melaka bagi musim 2021/2022 malam kelmarin. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...