Wednesday, April 24, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Melangkah dalam sembahyang

    (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

    Disediakan oleh Jabatan Mufti Kerajaan

    Pergerakan yang banyak tetapi tidak berturut-turut tidak membatalkan sembahyang
    Pergerakan yang banyak tetapi tidak berturut-turut, yakni terpisah-pisah, tidak membatalkan sembahyang. Untuk menentukan sukat-sukat sesuatu perbuatan dan pergerakan itu sebagai berturut-turut atau bersambung, ulama merujuk perkara ini kepada ‘urf.

    Contohnya seorang melangkah satu langkah, kemudian dia diam atau berhenti seketika, kemudian dia melangkah satu atau dua langkah lagi, diselangi dengan diam atau berhenti seketika, kemudian dia melangkah dua langkah lagi.

    Yang dimaksudkan dengan kadar diam seketika atau berhenti seketika itu ialah apa yang menurut ‘urf sesuatu perbuatan yang seterusnya itu tidak bersambung daripada perbuatan sebelumnya, umpamanya perbuatan yang kedua itu terpisah (tidak bersambung) daripada perbuatan yang pertama dan perbuatan yang ketiga terpisah (tidak bersambung) dengan perbuatan yang kedua.

    Sebagai kesimpulan, meninggalkan pergerakan yang banyak dalam sembahyang adalah dituntut kerana ia boleh membatalkan sembahyang, sama ada dilakukan dengan sengaja ataupun lupa, ataupun jahil akan keharamannya melainkan pergerakan yang banyak itu disebabkan oleh keuzuran tertentu.

    Ulama telah bersepakat bahawa pergerakan yang banyak, iaitu sebanyak tiga pergerakan, dilakukan secara berturut-turut adalah membatalkan sembahyang, manakala kurang daripada itu seperti satu atau dua pergerakan adalah dikira sedikit atau kecil.

    Sungguhpun melakukan perbuatan yang sedikit atau kecil tanpa sebarang hajat serta bukan dilakukan dengan niat (qashad) bermain-main atau disengajakan adalah dimaafkan dan tidak membatalkan sembahyang, namun hukumnya adalah makruh.

    Melakukan perbuatan yang sedikit atau kecil tanpa sebarang hajat serta bukan dilakukan dengan niat (qashad) bermain-main atau disengajakan adalah dimaafkan dan tidak membatalkan sembahyang, namun hukumnya adalah makruh.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...