Melarikan diri kerana dicurangi

Ulasan siri TV oleh Zulkamal Haji Kamis

Bertemakan komedi, drama terbaharu dari Amerika Syarikat, American Princess merupakan sebuah drama yang dicipta oleh Jamie Denbo yang baharu sahaja disiarkan pada 2 Jun lalu di saluran Lifetime.

Denbo juga bertanggungjawab untuk menyediakan skrip bagi drama ini bersama dengan dua lagi eksekutif, Jenji Kohan dan Tara Herrmann.

Drama American Princess yang berdurasi selama 42 minit ini dibintangi oleh beberapa pelakon baharu yang berbakat hebat daripada pelbagai latar belakang seperti Georgia Flood, Lucas Neff, Seana Kofoed, Rory O’Malley dan Mary Hollis Inboden.

Kronologi ringkas

Drama komedi ini mengisahkan mengenai watak Amanda yang berketurunan elit di kawasan timur negaranya dan melarikan diri daripada terus melangsungkan perkahwinan bersama kekasihnya dan melarikan diri ke Renaissance Faire.

Tindakan dramatik Amanda dengan melarikan diri disebabkan oleh tindakan kekasihnya yang telah mencuranginya hanya beberapa minit sebelum perkahwinan mereka.

Disebabkan terlalu marah, Amanda terus melarikan diri dan terkandas di sebuah kawasan yang dikenali sebagai Renaissance Faire tanpa ada talian telefon malah tidak ada jalan untuk pulang.

Selama berada di situ, Amanda cuba menilai semula kehidupannya dan mencuba untuk jadi diri sendiri yang lebih baharu di kawasan tersebut.

Adakah Amanda akan pulang, adakah dia berjaya menjadi seorang yang baharu, ikuti kisah selanjutnya dalam drama komedi, American Princess di saluran Lifetime.

Adakah Amanda akan pulang, adakah dia berjaya menjadi seorang yang baharu, ikuti kisah selanjutnya dalam drama komedi, American Princess di saluran Lifetime.