Sunday, June 4, 2023
27 C
Brunei

    -

    Melawat sambil belajar

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar Serahan Jabatan Kemajuan Pelancongan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MEI – Seramai 30 pelajar dan lima tenaga pengajar dari Sekolah Hospitaliti dan Pelancongan, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), baru-baru ini, berpeluang menaiki Kapal Pesiar Oceania Insignia yang berlabuh di Pusat Kapal Pesiar, Terminal Konvensional Muara.

    Lawatan sambil belajar berkenaan berobjektif untuk mendedahkan pelajar kepada industri pelayaran dan kemudahan serta perkhidmatan yang terdapat di kapal itu.

    Rombongan pelajar yang diketuai oleh Dayang Siti Umi Amirah binti Haji Ra’emi Maleek itu terdiri daripada pelajar yang mengikuti pengajian Sijil Pendidikan Teknikal Tinggi Kebangsaan (HNTec) dalam Program Operasi Hospitaliti dan program HNTec dalam Perjalanan dan Pelancongan.

    Salah seorang pelajar HNTec dalam Program Operasi Hospitaliti, Awang Abdul Qawim bin Mohd Noorhafiz berkata, peluang melihat lebih dekat cara perkhidmatan yang berbeza dalam kapal pesiar antarabangsa telah memberi manfaat seterusnya dapat menimba ilmu dan mengembangkan pengetahuan dalam sektor restoran.

    Manakala itu, Dayang Nur Haziqah Umairah binti Azimi, pelajar dari HNTec dalam Program Perjalanan dan Pelancongan mengatakan bahawa perkara utama yang diperoleh melalui lawatan itu adalah banyak perkara berkaitan dengan perkhidmatan pelanggan yang mana ia adalah modul yang dipelajari pada masa ini.

    Menurut IBTE, ia merupakan satu penghargaan yang besar untuk Sekolah Hospitaliti dan Pelancongan IBTE kerana mendapat peluang jarang berlaku yang memberikan pelajar dan kakitangan pengalaman pengajaran dan pembelajaran berkualiti di luar bilik kelas.

    Inisiatif seperti itulah yang membolehkan pelajar dan guru bergerak ke arah visi dan misi IBTE dan yang paling penting memastikan aspirasi Wawasan Brunei 2035 adalah sejajar dan tercapai.

    Warga IBTE yang menyertai lawatan tersebut bergambar ramai bersebelahan Kapal Pesiar Oceania Insignia yang berlabuh di Pusat Kapal Pesiar, Terminal Konvensional Muara.
    Rombongan pelajar dan guru IBTE semasa melawat Kapal Pesiar Oceania Insignia.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kerja menyelamat kemalangan kereta api korbankan lebih 300 orang ditamatkan

    BALASORE, 4 JUN - Selepas kerja menyelamat selesai, pihak berkuasa mula membersihkan serpihan dua kereta api penumpang yang tergelincir di timur India, membunuh lebih...
    - Advertisment -