Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Melayang $23,500 atau penjara 13 bulan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OGOS – Seorang lelaki warga tempatan, Ali Mahdi bin Suhaimi, 28, diarahkan membayar denda $23,500 kerana memiliki 19 karton dan 118 paket rokok pelbagai jenis serta wang tunai $75.

    Majistret Harnita Zelda Skinner mengarahkan Ali Mahdi membayar denda itu atau jika gagal membayarnya, dia akan dipenjarakan 13 bulan, selepas mengaku bersalah memiliki barangan tegahan.

    Pendakwa raya Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Kementerian Kewangan dan Ekonomi memaklumkan mahkamah bahawa Bahagian Penguat-kuasaan Undang-undang JKED telah menggeledah rumahnya di kawasan perumahan Lambak Kanan pada pukul 4:26 petang, 29 Jun lalu.

    Tertuduh didapati memiliki rokok seludup dan kesemua barangan tegahan tersebut telah dirampas.

    Pihak penguat kuasa juga menemui wang tunai berjumlah $75 hasil jualan rokok seludup itu.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...