Melbourne beli kereta api daripada Alstom

PARIS, 20 SEPT – Firma Perancis Alstom menandatangani satu kontrak hari ini untuk membekalkan kereta api kepada Melboune, walaupun ketika perbalahan diplomatik di antara Perancis dan Australia berhubung perjanjian kapal selam yang dibatalkan masih berterusan.

Alstom berkata dalam satu kenyataan bahawa ia akan membekalkan 25 buah kereta api enam gerabak X’trapolis kepada bandar yang mempunyai populasi kedua terbesar Australia dalam perjanjian bernilai AS$351 juta.

Kereta api itu akan dibina di negeri Victoria dengan sekurang-kurangnya 60 peratus isi kandungan tempatan, kata syarikat. Alstom mempunyai sebuah kilang pengeluaran di Ballarat, berhampiran Melbourne.

“Alstom berasa gembira untuk meneruskan perkongsian jangka panjang dengan kerajaan Victoria dan rangkaian bekalan tempatan yang akan memastikan kami terus membina kereta api untuk Victoria, di Victoria,” kata pengarah urusan syarikat untuk Australia dan New Zealand, Mark Coxon.

Pengumuman itu keluar ketika Perancis mengecam Australia kerana menarik diri daripada perjanjian bernilai berbilion dolar untuk kapal selam konvensional Perancis sebagai memilih kapal yang menggunakan tenaga nuklear Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada pakatan pertahanan baharu yang juga termasuk Britain. – AFP