Melbourne laksana perintah berkurung

MELBOURNE, 2 OGOS – Bandar kedua terbesar Australia telah mengenakan perintah berkurung semalaman hari ini untuk menghentikan penularan kes koronavirus, ketika angka jangkitan Afrika Selatan meningkat lebih setengah juta.

Enam bulan selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan darurat global, virus itu telah membunuh lebih 680,000 orang dan menjangkiti lebih 17.5 juta.

Kluster baharu telah dilaporkan di negara-negara seperti Australia yang sebelumnya telah berjaya mengawal wabak tersebut.

Negeri Victoria Australia mengenakan sekatan baharu kilat hari ini termasuk perintah berkurung di Melbourne selama enam minggu, tegahan ke atas perkahwinan, manakala sekolah-sekolah serta universiti diarah menggunakan pembelajaran secara online beberapa hari akan datang.

Pemimpin Victoria, Daniel Andrews, mengatakan sekatan seumpamanya juga akan dikenakan selama berbulan-bulan.

Meskipun sekatan pergerakan (lockdown), Melbourne akan terus melaporkan ratusan kes baharu harian malah di negeri lain di Australia yang telah melaporkan kes sifar atau sedikit.

Kebanyakan negara lain di dunia telah bergelut dengan wabak lebih besar. – AFP

Sekumpulan polis dan askar meronda di kawasan Docklands, Melbourne pada 2 Ogos, selepas mengumumkan sekatan baharu bagi mengekang penularan COVID-19. – AFP