Melbourne longgarkan sekatan

MELBOURNE, 27 SEPT – Perintah berkurung yang dikenakan ke atas bandar kedua terbesar di Australia akan dikurangkan bermula Isnin, selepas hampir dua bulan kerajaan mengenakan sekatan di seluruh Melbourne mencegah peningkatan penularan koronavirus.

Perdana menteri negeri Victoria, Daniel Andrews berkata penduduk Melbourne akan dibenarkan untuk meninggalkan rumah-rumah mereka pada bila-bila masa untuk pergi bekerja, melakukan senaman, membeli barang keperluan atau bagi tujuan perubatan.

Pengurangan tersebut dibuat selepas 16 jangkitan baharu dan dua kematian dilaporkan di Victoria hari ini dan kes aktif di negara itu menurun di bawah 400 kes buat kali pertama sejak 30 Jun.

Perintah berkurung di Melbourne dikenakan pada 2 Ogos lalu bersama dengan sekatan yang lain selepas kes koronavirus melonjak di bandar tersebut yang mempunyai penduduk kira-kira lima juta orang.

Ketua pegawai kesihatan, Brett Sutton berkata ia ‘bukan langkah yang bersekadar untuk diteruskan’ memandangkan jumlah kes rendah.

Orang masih akan berada dalam jarak lima kilometer dari kediaman mereka dan denda bagi melanggar sekatan lain akan dinaikkan menjadi Aus$5,000 (AS$3,515) untuk mengelak perhimpunan.

“Kami tidak mengambil keputusan ini dengan sewenang-wenangnya tetapi tiada sesiapa yang berhak untuk melakukan segala-galanya yang telah dilakukan oleh penduduk Victoria dalam risiko, dan berpotensi menyebarkan virus,” kata Andrews semasa sidang media. – AFP

Penduduk Australia beriadah di sepanjang Sungai Yarra di Melbourne ketika kerajaan mula mengurangkan perintah berkurung di bandar kedua terbesar negara tersebut. – AFP