Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Melbourne sediakan litar lumba F1 hingga 2035

    MELBOURNE, 16 JUN – Grand Prix Australia masih akan diadakan di Melbourne sehingga 2035 selepas penganjur perlumbaan mengumumkan mengenai perjanjian 10 tahun dengan Formula Satu hari ini, selepas menewaskan bidaan dengan pesaing mereka dari Sydney dan Gold Coast.

    Terdahulu, perlumbaan tersebut pertama kali diadakan pada tahun 1928 di Litar Lumba Albert Park di Melbourne sejak 1996.

    Acara tersebut kembali selepas ditangguhkan pada 2020 dan 2021 kerana penularan wabak koronavirus dan pernah merekodkan jumlah penonton yang ramai pada April lalu apabila Charles Leclerc dari pasukan Ferrari memenangi perlumbaan tersebut.

    “Perlumbaan itu selalu menjadi kegemaran para penyokong, pemandu dan pasukan serta Melbourne adalah sebuah bandar antarabangsa yang menarik, menjadikan ia satu tempat yang sesuai untuk mengadakan sukan itu,” kata Presiden Formula Satu, Stefano Domenicali dalam satu kenyataan.

    Selain itu, penganjur mengongsikan bahawa hampir 420,000 orang menghadiri perlumbaan empat hari itu pada tahun ini, mengatasi rekod 401,000 dalam perasmian Grand Prix Melbourne pada tahun 1996.

    Gambar fail menunjukkan kenderaan pasukan Red Bull dengan pemandunya, Max Verstappen berada di litar lumba Formula Satu dalam perlumbaan yang berlangsung di Baku, 12 Jun 2022. – AFP

    Populariti Formula Satu semakin meningkat selepas Netflix menyiarkan siri Drive to Survive, yang mana ia telah menarik ramai penonton muda dan pemandu-pemandu Formula Satu menjadi terkenal.

    Sementara itu, perlumbaan Formula Dua dan Tiga akan ditambah dalam acara mingguan Grand Prix di Australia buat kali pertama pada musim hadapan.

    “Sensasi dari pengumuman ini memberikan peluang terbaik untuk Melbourne dan Victoria,” kata ketua Grand Prix Australia, Andrew Westacott.

    Menyentuh mengenai tarikh perlumbaan mingguan tersebut akan diumumkan kemudian.

    Melbourne sebelumnya adalah tempat pertama untuk mengadakan perlumbaan tetapi pada tahun ini, ia menjadi tempat ketiga. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...