Tuesday, March 25, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Melembutkan hati dalam menerima takdir

    ULASAN SIRI TV OLEH RUZAINI HAJI DAUD

     

    DITERAJUI oleh Fahrin Ahmad dan Janna Nick, Semerah Cinta Humairah merupakan sebuah siri drama yang diarahkan oleh Zamri Zakaria.

    Di samping itu, siri drama terbitan Orangtree Production Sdn Bhd ini juga turut dibintangi oleh Fadlan Hazim, Idzham Ismail, Kuza, Mahmud Alibashah, Wan Sharmila, Fimie Don, Fadilah Mansor, Kismah Johar, Feiyna Tajudin, Zeika Khamis, Ainul Aishah , Fish Fazil, Ramli Saleh, Hisham Bakar, Sherwin Sim, Hadi Nawawi, Nisa Rissa, Ayu Azlina, Sheeda Ali dan Mahsuri Jesuli.

    Kisah bermula apabila Humairah lakonan Janna Nick meneruskan tradisi kahwin muda dalam keluarganya.

    Pak Zali, bapanya telah menerima lamaran Datuk Kamarul untuk menjodohkan Humairah dengan Shahir lakonan Fahrin Ahmad. Shahir yang tidak teruja itu tetap bersetuju berkahwin dengan Humairah walaupun dia mempunyai kekasih iaitu Camelia lakonan Wan Sharmila.

    Dia mengahwini Humairah demi ibunya. Mereka berdua tidak pergi berbulan madu, sebaliknya Shahir ke China kerana urusan kerja dan membawa Camelia bersama.

    Semerah Cinta Humairah menggandingkan Fahrin Ahmad dan Janna Nick sebagai teraju utama.

    Humairah mengandung dan akhirnya melahirkan anak lelaki diberi nama Harith.

    Beberapa lama kemudian, Saiful lakonan Fadhlan Hazim yang merupakan kekasih lama Humairah dan juga adik kepada Shahir pulang dari London membuatkan Shahir cemburu.

    Camelia pula terus mencari helah untuk memisahkan mereka. Musibah menimpa Shahir apabila dia ditimpa kemalangan dan mengalami lumpuh.

    Lalu apakah tindakan yang bakal dilakukan Humairah, adakah hatinya terus lembut untuk menerima sebuah takdir yang telah ditetapkan oleh dirinya atau cuba untuk menongkah arus dalam mencari kebahagiaan yang tersendiri.

    Justeru, bagi mengetahui kisah drama yang penuh emosi ini maka jangan terlepas untuk terus menonton siri drama Semerah Cinta Humairah di slot Samarinda pada setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10 malam di saluran TV3.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda