Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Melly Goeslaw jalani rawatan bariatrik

    Penyanyi dan komposer terkenal, Melly Goeslaw memilih untuk menjalani pembedahan bariatrik akibat masalah obesiti yang dialaminya.

    Menurut Melly, 48, dia sebelum ini pernah berusaha menurunkan berat badan namun beberapa amalan dietnya itu masih belum mengurangkan berat badan yang ideal.

    “Walau saya berhasil turunkan berat badan sebanyak 25 kilogram, tetapi masih obesiti. Berat badan saya kekal begitu,” katanya.

    Penyanyi lagu Ada Apa Dengan Cinta itu berkongsi perjalanan pembedahan tersebut dalam laman Instagram miliknya pada Isnin.

    Dalam perkongsian tersebut, Melly meluahkan rasa syukur dan kini sedang membiasakan diri untuk amalan diet selepas pembedahan.

    “Selama dua minggu kena minum air kosong, teh tawar dan susu. Saya tidak lapar dan sedang membiasakan diri.

    “Tubuh badan langsing ialah impian setiap wanita, tetapi pada usia sekarang saya mahu sihat dan lebih produktif,” jelasnya. – Agensi

    Melly mahu jadi lebih sihat. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...