Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Memahami penyelidikan kuantitatif

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MAC – Seramai 24 orang peserta Virtual Regional Training Programme on Equipping TVET Personnel With Quantitative Research Methods diraikan pada majlis penutup yang berlangsung secara maya baru-baru ini.

    Program yang bermula pada 21 Februari hingga 1 Mac 2022 tersebut telah disertai oleh para peserta yang mewakili negara-negara ASEAN termasuk Negara Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand, Vietnam dan Singapura.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Director General of TESDA Philippines dan SV Governing Board Member, Dr Isidro S Lapena. Turut hadir ialah Pengarah Pusat SEAMEO VOCTECH, Awang Alias bin Haji Abu Bakar.

    Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan disusuli ucapan daripada Pengarah Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH.

    Dalam ucapan Dr Isidro S Lapena, beliau menjelaskan program selama lima hari itu dipercayai dapat meningkatkan lagi kapasiti peserta untuk memahami laporan penyelidikan.

    Mereka kini dapat menghasilkan idea daripada dapatan kajian dan rekomendasi untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran, ujarnya.

    Selain itu, kapasiti untuk melakukan penyelidikan kuantitatif, tertumpu kepada tinjauan dan kaedah penyelidikan eksperimen juga dipertingkatkan di samping kapasiti peserta terhadap penulisan proposal penyelidikan kuantitatif dan pelan tindakan.

    Dr Isidro S Lapena semasa menyampaikan ucapan pada program yang diadakan secara maya baru-baru ini. – Gambar serahan SEAMEO VOCTECH
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...