Friday, March 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Memahami prospek pasaran global

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    KUALA BELAIT, 20 Jan – Kira-kira 100 orang menghadiri Majlis Seminar Prospek Pasaran anjuran Standard Chartered Securities dengan tema ‘The year of the #Pivot?’ yang berlangsung di Dewan Serba guna, Hotel V Plaza, di sini, malam tadi.

    Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Securities, Brenda Low, dalam ucapan alu-aluannya pada majlis tersebut menyatakan Standard Chartered Securities telah mula dibuka pada bulan Ogos tahun lepas dan ia merupakan syarikat milik penuh Bank Standard Chartered dan membentuk sebahagian daripada Kumpulan Standard Chartered.

    Menurutnya, dengan rangkaian serantau dan antarabangsa, mereka berada pada kedudukan untuk membantu pelanggan mereka menerokai peluang dengan memanfaatkan rangkaian dalam ekonomi penganalisis pasaran dan pasukan pelaburan global bagi menyediakan informasi mengenai trend pasaran ketika ini.

    “Kami dengan rasa gembira memaklumkan tentang Pelaburan Franklin Templeton, tambahan terbaru yang komited untuk membawa kekuatan dan meningkatkan pengalaman yang melalui dekad pengurusan aset yang aktif dan pilihan pelbagai dana untuk memenuhi objektif kewangan dalam kalangan pelanggan kami,” katanya.

    Lim Quan ketika menyampaikan taklimatnya.
    Lim Quan ketika menyampaikan taklimatnya.
    Antara yang menghadiri Majlis Seminar Prospek Pasaran anjuran Standard Chartered Securities.
    Antara yang menghadiri Majlis Seminar Prospek Pasaran anjuran Standard Chartered Securities.

    Majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian taklimat perkongsian  prospek pasaran global untuk tahun ini oleh Kaunselor Pelaburan Standard Chartered Securities, Lim Quan, dan seterusnya Penolong Naib Presiden Franklin Templeton, Edmund Leong memberikan pandangan mengenai teknologi dan kepelbagaian strategi dana pelaburan dan sebagainya.

    Empat dana baru telah diperkenalkan semasa majlis tersebut antaranya Franklin K2 Strategies Fund, Franklin Technology Fund, Templeton Global Bond Fund dan Templeton Global Total Return Fund.

    Standard Chartered Securities menawarkan pelbagai produk pelaburan global dalam pelbagai mata wang dan merentasi geografi dan sektor, dengan lebih daripada seratus jenis amanah saham atau bon untuk dipilih, pelanggan mempunyai pilihan dan fleksibiliti untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka, sekali gus menguruskan risiko ke atas pulangan mereka.

    Pelabur-pelabur berpotensi hanya dikehendaki untuk melengkapkan penilaian profil untuk memastikan pelanggan memahami risiko sebelum mengambil mana-mana produk pelaburan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda