Memahami sains emosi

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 NOV – Seramai 15 orang mengikuti Bengkel Kemahiran Win People with Your Emotional Intelligence (EQ) yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini di Dewan Bahtera, Hotel Badi’ah.

Bengkel yang dianjurkan oleh Platinum Star Management Services itu dihasrat dapat memberi kefahaman mengenai pentingnya EQ dan sains emosi yang memacu tingkah laku.

Pada bengkel itu, para peserta berpeluang mempelajari mengenai kesedaran diri dan pengurusan emosi serta bagaimana memperbaiki hubungan pelanggan dalaman dan luaran.
Sepanjang bengkel itu, para peserta dibimbing oleh Mark Stuart yang merupakan ahli Asia Professional Speaker CSP-Singapura dan pengasas bersama Anagram Group.

Beliau juga merupakan penerima Anugerah Future Work pada Anugerah Perniagaan Tahunan ke-19 oleh Pesuruhjaya Tinggi British ke Singapura, Scott Wightman dan Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Chan Chun Sing.

Antara yang menyertai Bengkel Kemahiran Win People with Your Emotional Intelligence (EQ).