Thursday, January 23, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Memanfaatkan lebihan makanan majlis perkahwinan

    DI SEBUAH kawasan yang sesak di Jakarta, Indonesia, penduduk miskin negara itu kini dapat merasakan bagaimana keenakan dan kelazatan satu makanan setelah satu program baharu telah dijalankan bertujuan mengelakkan masalah pembaziran makanan.

    Program dikenali sebagai ‘Rahmat Perkongsian’, perkhidmatan itu menawarkan penyediaan makanan lebihan daripada majlis perkahwinan kepada sesetengah rakyat miskin dalam kepadatan penduduk di kota besar dan padat itu.

    Indonesia sudah lama bergelut untuk menangani masalah kemiskinan dan pemakanan yang tidak seimbang malah negara ini turut terkenal sebagai sebuah negara yang memakan lebih banyak makanan berbanding negara-negara lain kecuali Arab Saudi, menurut satu kaji selidik Unit Perisikan Ekonomi pada tahun lepas.

    Di hadapan Amerika Syarikat

    Indonesia yang mempunyai penduduk seramai 260 juta, dianggarkan membazirkan sekitar 300 kilogram makanan, secara puratanya sepanjang tahun, di hadapan Amerika Syarikat yang menduduki tempat ketiga, menurut kaji selidik itu.

    Masalah pembaziran makanan di negara itu sebahagian besarnya berpunca daripada kemurahan hati tuan rumah yang memberikan hidangan besar pada setiap kali perayaan atau sambutan.

    Bermula pada awal bulan November, dianggarkan sekitar 50 acara majlis perkahwinan telah diadakan dan telah ikut serta menjayakan program tersebut. – AFP
    Setakat ini, program ini menyediakan bantuan yang sangat terhad, tetapi Parmita mempunyai perancangan besar dan berharap untuk mengembangkan program ini ke bandar yang lain. – AFP

    Sering kali tuan rumah tersilap perhitungan dengan menyediakan makanan yang banyak manakala tetamu pula selera ‘matanya’ lebih besar daripada tahap kelaparan perutnya – bermakna lebih banyak makanan tidak dimakan.

    Purata makanan yang dibuang

    Secara dasarnya, dianggarkan sebanyak 30 peratus makanan yang dihasilkan di seluruh dunia ini telah dibuang setiap tahun, anggaran itu bersamaan dengan 1.3 bilion tan makanan dan boleh membawa kepada nilai sehingga AS$1 trilion dalam anggaran ekonomi, menurut sumber Pemakanan UB dan Persatuan Pertanian.

    Di situ, persatuan kempen ‘Rahmat Perkongsian’ muncul untuk memanfaatkan lebih-lebihan makanan itu dan diagih-agihkan kepada mereka yang memerlukannya.

    “Selain itu, terdapat banyak acara atau majlis perkahwinan di Indonesia dan lebihan makanan berbaki menimbun,” kata pengasas program itu, Astrid Paramita kepada media.

    “Apa yang kita ketahui, semakin ramai penduduk miskin yang lapar dan hidup tidak selesa, oleh itu, program ini berusaha untuk membantu mendekatkan jurang antara yang kaya dan juga mereka yang memerlukan,” tambah Astrid kepada media.

    Bagi seorang penduduk berusia 60 tahun, Efendi, mengambil makanan daripada bekas-bekas acara majlis perkahwinan dari bandar berdekatan merupakan satu kejutan dan benda yang baharu. – AFP

    Bantuan yang terhad

    Setakat ini, program ini menyediakan bantuan yang sangat terhad, tetapi Parmita mempunyai perancangan yang besar dan berharap untuk mengembangkan program ini ke bandar yang lain di samping memulakan program pertemuan dan perkongsian seperti mesyuarat syarikat dan juga persidangan.

    Bermula pada awal bulan November, dianggarkan sekitar 50 acara majlis perkahwinan telah diadakan dan telah ikut serta menjayakan program tersebut.

    Sekitar 1.6 tan makanan telah berjaya dikutip untuk diserahkan kepada bank makanan tempatan yang akan menyerahkan makanan-makanan itu kepada golongan miskin yang memerlukan dan sudah berdaftar.

    Bagi seorang penduduk yang berusia 60 tahun, Efendi, mengambil makanan daripada bekas-bekas acara majlis perkahwinan dari bandar berdekatan merupakan satu kejutan dan benda yang baharu.

    “Saya tidak menyangka semua ini, secara tiba-tiba saya menerima makanan secara percuma,” tambahnya kepada media. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda