Memartabatkan masakan Melayu Brunei kitani

Istimewanya, restoran yang mula beroperasi sejak bulan November lalu ini menyajikan konsep hidangan bufet masakan Melayu Brunei termasuklah nasi dan ambuyat yang mana dapat dinikmati bersama insan-insan tersayang bermula dari jam 11.30 pagi hingga 7.00 malam dengan anggaran harga seorang dewasa adalah di bawah $7 manakala $5 ke bawah bagi kanak-kanak berumur di bawah 10 tahun.

Umpama menjamu masakan kampung warisan ibu. Itulah yang dapat digambarkan apabila segmen Makan-Makan, baru-baru ini, berpeluang untuk menerokai salah sebuah restoran yang mengetengahkan sajian ala kampung iaitu masakan Melayu Brunei.  (Klik di sini untuk cerita lanjut)