Memartbatkan kembali sukan sumo di Sukan Olimpik

TOKYO – Sukan sumo kini dijangka akan dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Tokyo.

Mengetahui sukan sumo tersebut akan dipertandingkan pada Sukan Olimpik 2020, ia mungkin dapat menarik perhatian dunia, di mana Persatuan Sumo Jepun dan penganjur Olimpik tempatan merancang mengadakan kejohanan sumo itu pada 12 dan 13 Ogos ini, hanya beberapa hari selepas berakhirnya upacara Sukan Olimpik.

Acara sukan sumo itu diumumkan baru-baru ini dan direka untuk memberi perhatian lebih kepada sukan Jepun. Ia akan menjadi sebahagian daripada perayaan budaya tempatan dan akan berlangsung di arena Ryogoku Kokugikan, rumah rohani sumo di timur Tokyo.

Penganjur acara berkata kejohanan itu akan memberi pengunjung yang datang dari luar negara peluang untuk menonton sukan itu. Tempat itu adalah yang sama semasa Presiden AS, Donald Trump menghadiri untuk menyaksikan pertandingan sukan sumo tahun lepas di Tokyo.

Tempat di mana bermulanya tradisi sukan sumo dapat menjejak kembali upacara sejarah Shinto untuk mengenang kembali pada abad ke-8.

Aksi atlet ketika beraksi pada sukan sumo semasa latihan di Musashigawa Sumo Stable di Beppu. – AP
Orang ramai ketika sedang menunggu ketibaan Presiden AS, Donald Trump di luar arena sumo Ryogoku Kokugikan di Tokyo, bagi menyaksikan persembahan sukan sumo. -AP

Ia kemudian digunakan sebagai latihan seni mempertahankan diri sebelum dijadikan sebagai persembahan hiburan bagi orang biasa semasa zaman Edo, tahun 1603 hingga 1868.

Pada zaman Edo bermula diperkenalkan peraturan sukan sumo yang digaris pandukan seni seperti masuk ke tempat gelanggang, penggunaan memakai kain loin, topknots dan pakaian tradisi kimono, serta peraturan pertarungan.

Upacara sumo adalah salah satu sukan yang paling tradisional di Jepun dan sukan ini tidak didedahkan dan kebanyakannya ditutup kepada orang luar.

Yokozuna merupakan bekas juara grand rikishi, atau ahli gusti mempunyai tempat istimewa dalam sukan tradisi itu.

Berbeza dengan atlet lain, rikishi itu dianggap sebagai penghibur bagi menghidupkan semula tradisi budaya sukan itu dan dijangka menjadi peranan model dalam sukan sumo. Hal ini adalah kebenaran yang berlaku pada Yokozuna. Hanya lelaki sahaja yang boleh menjadi rikishi profesional.

Di bawah tradisi Shinto sumo, wanita dianggap tidak sesuai menyertainya dan tidak dibenarkan memasuki gelanggang yang tinggi itu, atau dikenali sebagai ‘dohyo’.

Pada tahun 2018, seorang pengadil sumo menyekat wanita dari menaiki dohyo itu hanya untuk memberikan pertolongan kecemasan kepada seorang Datuk Bandar yang tumbang dan pengsan di tempat gelanggang semasa membuat ucapan di acara sumo di Kyoto.

Ia mencetuskan kritikan bahawa para pegawai sumo mereka masih mementingkan tradisi biasa kepada gender mereka terhadap kehidupan seseorang.

Berdasarkan kepercayaan Shinto, ‘dohyo’ dianggap suci. Sebelum setiap pertandingan, satu upacara Shinto telah dilakukan yang menurut mereka merupakan satu upacara tradisional yang telah lama dilakukan. – AP