Membaca, mendengar dengan efektif

(Siri akhir)

Mendengar dengan teliti

SEKARANG, kehidupan kita dipengaruhi oleh penggunaan telefon bimbit, pesanan teks ringkas, dan e-mel yang mundar-mandir membawa komunikasi yang pantas. Namun, ada baiknya kita belajar memperlahankan kelajuan kita supaya kita dapat mendengar satu sama lain dengan efektif. Mendengar adalah satu cara penting bagi membolehkan maklumat masuk ke dalam minda kita.

Berikut adalah tujuh komponen yang menerangkan cara mendengar yang bijaksana.

1-Beri fokus kepada orang yang bercakap. Seboleh-bolehnya pandang wajah orang itu. Pada kebiasaannya, apabila orang lain bercakap, kita kerap memikirkan apakah respons yang kita mahu berikan. Sepatutnya, kita mendengar mereka sepenuhnya dahulu. Mendengar dengan penuh perhatian dapat mengukuhkan hubungan.

2-Kita bukan sekadar mendengar orang bercakap. Kita juga perlu memberi perhatian kepada nada suaranya dan ekspresi wajahnya. Kita juga perlu peka kepada perasaan mereka, bila dan bagaimana mereka terdiam sejenak. Beri perhatian juga kepada perkara yang mereka tidak sebut.

3-Anggap setiap orang sebagai unik. Kita perlu menghormati dan mengiktiraf keperluan mereka dan hak mereka menyatakan pendapat sebagai individu.

Jangan takut bertanya sehingga kita berjaya merungkai isu ke akar umbinya.
Jangan takut bertanya sehingga kita berjaya merungkai isu ke akar umbinya.
Kehidupan kita sekarang dipengaruhi oleh penggunaan telefon bimbit, pesanan teks ringkas, dan e-mel yang mundar-mandir membawa komunikasi yang pantas. Namun, ada baiknya kita belajar memperlahankan kelajuan kita supaya kita dapat mendengar satu sama lain dengan efektif.
Kehidupan kita sekarang dipengaruhi oleh penggunaan telefon bimbit, pesanan teks ringkas, dan e-mel yang mundar-mandir membawa komunikasi yang pantas. Namun, ada baiknya kita belajar memperlahankan kelajuan kita supaya kita dapat mendengar satu sama lain dengan efektif.

4-Fahami orang lain. Kita hanya dapat melakukannya dengan berkesan apabila kita yakin dengan diri kita, dan tidak dibelenggu dengan kerisauan, misalnya, apa orang lain fikirkan tentang kita.

5-Hormati urusan peribadi orang lain. Kita tidak sepatutnya mendalami hal peribadi orang lain yang mereka tidak ingin dedahkan.

6-Peka terhadap isyarat atau tanda-tanda yang orang itu berhasrat mahu berkongsi lebih lagi makalumat berkenaan dirinya. Sekiranya ini berlaku, kita beri respons yang sewajarnya, mungkin dengan anggukan dan sebagainya. Ini adalah satu cara menyatakan hasrat kita mahu orang itu meneruskan percakapannya.

7-Renungkan semula. Ini bermakna rumuskan dalam beberapa perkataan sahaja apa yang dikatakan oleh orang itu. Ini menunjukkan keseriusan kita mendengar dan cuba memahami mereka. Mereka akan membetulkan kita sekiranya kita salah faham berkenaan sesuatu perkara.

Mendengar dengan bersungguh-sungguh bererti kita menyedari keperluan orang lain menyatakan identiti atai ciri-ciri jati dirinya yang unik. Mendengar dengan teliti dapat mengukuhkan hubungan.

Menilai apa yang didengar

Kita bukan sekadar mendengar kata-kata yang kita minta. Minda kita menggunakan pengetahuan yang ada, memahami apa yang kita dengar dan memberi pendapat kita berkenaannya.

Apabila kita mahu menilai apa yang kita dengar, kita perlu:

-Membezakan antara fakta dan pendapat.

-Mengesan sebarang prejudis dalam apa yang diucapkan oleh penyampai.

-Pisahkan perkara yang subjektif daripada yang objektif.

-Amati sikap orang yang bercakap kepada subjek yang disampaikannya.

-Membuat kesimpulan berasaskan pendapat penyampai. Fikirkan signifikan kata-kata orang seperti itu, apakah implikasinya?

-Perhatikan sebarang perbezaan antara apa yang disampaikan dan cara mereka menyatakannya.

Mendengar dengan teliti dapat mengukuhkan hubungan.
Mendengar dengan teliti dapat mengukuhkan hubungan.
Minda kita menggunakan pengetahuan yang ada, memahami apa yang kita dengar dan memberi pendapat kita mengenainya.
Minda kita menggunakan pengetahuan yang ada, memahami apa yang kita dengar dan memberi pendapat kita mengenainya.

Menyoal orang yang bercakap

Sambil kita mendengar orang itu bercakap, sering kali timbul soalan-soalan dalam minda kita berkenaan apa yang mereka katakan dan ada masanya berkenaan apa yang mereka tidak katakan.

Kita boleh bertanya soalan sekurang-kurangnya dalam empat situasi:

Apabila kita mahu memgetahui lebih lanjut berkenaan sesuatu perkara. Dalam hal ini, kita membuat soalan-soalan terbuka yang tidak dapat dijawab dengan ringkas iaitu ‘ya’ ataupun ‘tidak’. Ini memberi peluang kepada orang yang menjawab itu memikirkan dan menyediakan responsya.

Contoh soalan terbuka seperti, “Pada pendapat kamu, apakah punca jualan menurun pada suku pertama?” ataupun, “Bagaimanakah kita dapat menambahkan kadar pengekalan staf?”

Apabila kita tidak memahami sesuatu perkara dan kita mahu menyampai menjelaskan berkenaanya. “May, bolehkah kamu jelaskan sekali lagi berkenaan angka tadi?”, “Kareem, apakah yang kamu maksudkan dengan…?”, “Adakah maksud kamu produk-produk itu dapat dihantar pada hujung bulan ini?”

Apabila kita memahami apa yang baru diperkatakan oleh penyampai tetapi kita mahu beliau meneruskan ke bahagian selanjutnya. Kita mungkin mahu beliau meringkaskan apa yang mahu disampaikan. “Sekarang jam 3.30 petang, ada hal-hal lain yang perlu saya tahu?” Kita boleh juga meminta penyampai menyatakan semula perkara-perkara yang penting.

“Sekarang apa kata kita mengesahkan apa yang sudah kita persetujui.”, ataupunkita boleh menunjukkan sokongan, “Itu satu idea yang bagus. Adakah kita semua bersetuju dengan cadangan itu?”

Apabila kita memahami apa yang baru dikatakan oleh penyampai dan kita mahu menjaga hubungan dengannya. Sebagai contoh, beberapa orang sahabat saya sedang menerangkan berkenaan satu isu di kampung mereka kepada ahli parlimen itu. Ahli parlimen itu dapat merasakan yang mereka berat mulut mahu meluahkan situasi peribadi masing-masing.

Beliau mungkin berkata, “Saya mahu tahu lagi isu yang kami hadapi. Saya tahu kamu tidak memberitahu hal yang sebenar. Saya perlu mengetahui perkara ini secara menyeluruh sebelum saya dapat menyarankan tindakan yang perlu diambil.”

Jangan takut bertanya sehingga kita berjaya merungkai isu ke akar umbinya.