Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Membaiki sesuatu yang kurang sempurna

    Ulasan Siri TV oleh Ruzaini Haji Daud

    DIADAPTASI dari sebuah novel karya Umie Nadzimah, Lelaki Kiriman Tuhan merupakan sebuah siri drama yang diarahkan oleh Rashid Sibir dan diterbitkan oleh Zeel Production.

    Ia menggandingkan Remy Ishak dan Mira Filzah sebagai pelakon utama.

    Di samping itu, ia juga turut dibintangi oleh Kartina Aziz, Isyariana, Harris Anuar, Uyaina Arshad, Talha Harith, Mak Jah, PU Azman, Rozita Che Wan, Jasmin Hamid, Jesse Lim, Hairi Safwan, PU Riz, Maria Farida, Jason Chong, Norlia Ghani dan Dato Jalaluddin Hassan.

    Siri drama ini mengisahkan mengenai Naira lakonan Mira Filzah, si gadis garang dan selalu berwajah masam.

    Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Semua kelihatan tidak ikhlas dan suka mengambil kesempatan.

    Lelaki Kiriman Tuhan merupakan sebuah siri drama yang menggandingkan lakonan di antara Remy Ishak dan Mira Filzah.

    Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak menanggung beban hutang keluarga. Nampak sangat tidak bersungguh menyayangi dia kerana tidak mahu susah bersama.

    Tiba-tiba muncul lelaki berperangai buruk yang sering mengganggu kehidupan Naira. bernama Iqbal Raid lakonan Remy Ishak.

    Raid seronok untuk menawan hati Naira yang memiliki muka macam jeruk, ego dan sombong itu. Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira.

    Raid juga selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa sahaja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain.

    Lama-lama Raid yang miring dan buruk perangai itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza.

    Musim bulan madu berlalu dengan indah, baru terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri.

    Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? Apakah kesudahan rumahtangga mereka sama ada terus bahagia atau sebaliknya.

    Untuk mengikuti kesudahan kisah drama menarik ini maka jangan terlepas untuk terus menonton siri drama Lelaki Kiriman Tuhan yang disiarkan pada setiap hari Isnin jam 9 malam di Astro Oasis (106) dan Maya HD (135).

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda