Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Membangkitkan fesyen abad ke-19

    Oleh Zanyra Dawoud

    Gambar dari Vogue

     

    PERNAH menonton filem Moulin Rouge, setentunya ramai yang berasa sangat terpesona dengan pelbagai rangkaian fesyen busana yang ditampilkan. Konsep ‘haute-couture’ dari abad ke-19 itu jelas menjadi inspirasi utama kepada pereka jenama terkemuka, Marc Jacobs dalam koleksi fesyen yang dipersembahkan sewaktu Minggu Fesyen New York baru-baru ini.

    Unsur ropol, bow dan potongan berkonsepkan ‘oversize’ merupakan antara rekaan yang diterapkan dalam koleksi terbaharu ini. Di samping itu, rekaan tertentu juga turut diserikan bersama dengan aksesori tertentu seperti topi, penghias kepala, reben, rantai,beg tangan, tali pinggang dan lain-lain.

    Menariknya terdapat beberapa lipatan ropol yang diketengahkan dalam koleksi fesyen ini yang menyerupai bentuk bunga mawar.

    Manakala kebanyakan rekaan fesyen yang ditampilkan pada peragaan koleksi fesyen ini pula adalah seperti jaket dan gaun labuh.

    Warna-warna pilihannya pula terdiri daripada emas, merah jambu, kuning dan pelbagai warna pastel lain.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda