Membeli belah dalam talian di Korea Selatan capai rekod tertinggi

SEOUL, 2 Jan – Membeli belah secara dalam talian di Korea Selatan mencecah rekod bulanan yang tinggi pada November, berikutan dengan peningkatan dalam perdagangan ruang siber melalui telefon bimbit, satu laporan kerajaan menunjukkan hari ini.

Membeli-belah di Internet mencecah bulanan 6.09 trilion won (AS$5.04 bilion dolar) pada November, meningkat 23.0 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut Statistik Korea.

Ia adalah kali pertama sejak data berkaitan mula dikumpulkan pada tahun 2001 bahawa angka bulanan melepasi 6 trilion won. Rekod tertinggi sebelumnya adalah 5.65 trilion won pada Oktober tahun lepas.

Membeli-belah dalam talian mengungguli 3 trilion won pada November 2012, melonjak ke 4 trilion won dua tahun kemudian dan lebih 5 trilion won pada Disember 2015.

Gambar fail pada 28 Disember 2016 menunjukkan seorang wanita menggunakan telefon pintar di hadapan kawan beli-belah di Seoul, Korea Selatan. Membeli belah secara dalam talian di Korea Selatan mencecah rekod bulanan yang tinggi pada November, berikutan dengan peningkatan dalam perdagangan ruang siber melalui telefon bimbit. – Xinhua

Pertumbuhan mendadak itu datang selepas penggunaan secara meluas telefon pintar yang menggalakkan pengguna untuk membeli produk di ruang siber.

Membeli-belah mudah alih menerusi telefon pintar melonjak 40.5 peratus daripada setahun yang lalu hingga 3.43 trilion won pada November, menyumbang 56.4 peratus daripada gabungan membeli-belah dalam internet. – Xinhua