NEW DELHI – “Saya mempunyai pekerjaan yang sangat mencabar dan saya suka berada di dalam rumah pada hujung minggu untuk meluangkan masa bersama anak-anak saya. Membeli-belah dalam talian memberikan saya kemudahan untuk membuat pilihan sesuai dengan kemampuan saya sendiri, dan juga bagi mengelakkan dari kesesakan orang ramai seharian,” kata Swasti Singh, seorang pakar dalam bahagian IT yang berpangkalan di Delhi, India.
Singh adalah antara penduduk kelas pertengahan India yang mengambil peluang terhadap industri e-dagang yang semakin berkembang pesat di negara ini. Dengan teknologi yang berkembang maju dan canggih ini, ia menjadikannya mudah untuk orang ramai berbelanja, dan telah merubah cara masyarakat India dalam membeli-belah.
Dari pakaian sehinggalah alat elektronik, buku-buku dan cekera padat, semuanya dapat dibeli melalui dalam talian walaupun berada di dalam ruangan bilik yang selesa. Trend luar biasa ini telah menjadi rahmat bagi penduduk-penduduk kelas menengah baru di negara ini, kebanyakan pasangan yang bekerjaya, yang jarang mempunyai masa untuk mengunjungi gedung perniagaan terutamanya pada hujung minggu. Dengan melayari mana-mana portal e-dagagan popular, pasti terdapatnya tawaran-tawaran yang menarik perhatian pembeli (salah satu strategi pamasaran pada masa ini) terutamanya kepada pasangan-pasangan yang bekerjaya dan keluarga muda yang mana masa adalah penting buat mereka.
Dalam gaya hidup pada masa ini, kedua pasangan yang mempunyai kerjaya telah menjadi realiti. Lebih ramai wanita melangkah keluar dari rumah mereka untuk mengetuai profil pekerjaan di tempat kerja mereka. Seperti dalam banci pada tahun 2011, 45 peratus daripada isi rumah di seluruh India adalah berpendapatan berganda, peningkatan kepada hampir 10 peratus dalam satu dekad.
Dengan pengguna digital di India mencecah hampir 100 juta, pembelian dalam rumah bagi pasangan bekerjaya telah menjadi segmen utama pasaran dalam industri itu.


“Ia telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup bagi kumpulan sasaran ini. Pasangan yang bekerjaya mahu menjimatkan masa dan wang. Di samping itu, mereka lebih mengetahui dalam pasaran ini dan suka melakukan perbandingan sebelum membuat apa-apa pelaburan. Dalam semua cara ini, membeli-belah dalam talian telah menjadi satu pengalaman yang sangat mudah untuk kumpulan ini,” kata M. Dalal, pengasas portal runcit dalam talian.
Ia juga merupakan satu impian yang menjadi kenyataan bagi pembeli-belah apabila maklumat-maklumat mengenai produk, ketelusan harga dan hamparan tawaran-tawaran istimewa juga dapat diperolehi pada hampir setiap minggu.
Bagi kaum lelaki juga, membeli-belah dalam talian telah terbukti menjadi satu usaha yang menguntungkan, dari segi kewangan mahupun emosi.
“Saya mula membeli-belah dalam talian agar lebih beringat-ingat dan juga dapat meluangkan masa bersama keluarga. Apabila anak-anak saya memahukan alat tulis, buku-buku dan mainan, saya akan duduk bersama mereka dan kami melayari dalam talian bersama-sama. Membeli pakaian dan barangan runcit secara dalam talian juga bermakna keselesaan,” kata Akash Sharma, seorang penganalisis kewangan yang berpangkalan di Delhi.
“Kami menyemak dan membandingkan harga dan ia benar-benar menjimatkan wang pada penghujung bulan. Kehidupan saya menjadi lebih mudah dengan tidak menghiraukan kesesakan lalu lintas, mencari lokasi pasar raya dan beratur dalam barisan.” tambah beliau lagi.
Sasaran membeli belah dalam portal e-dagang tidak tertumpu pada satu peringkat umur sahaja, namun ia juga tertumpu kepada warga tua yang masih bekerja, di mana membeli-belah dalam talian kini telah menjadi satu keperluan dan kesenangan kehidupan pada masa ini.
“Saya seorang pengajar di universiti manakala isteri saya tinggal di rumah selepas pembedahan lutut setahun yang lalu. Ia adalah amat sukar untuk mengurus rumah dan komitmen kerja. Dan sejak dari itu, anak saya yang berada di Singapura mecadangkan saya untuk membeli-belah dalam talian sehingga sekarang. Dari barangan runcit sehinggalah ubat-ubatan, kesemuanya dapat dihantar ke rumah. Kehidupan kini telah menjadi mudah dan ia adalah suatu yang penting bagi seseorang seperti saya,” kata Ramesh Nagar, seorang pembeli tegar dalam talian.

Perubahan ini dapat dilihat dalam peruncitan pada setiap setengah abad. Ia adalah pertumbuhan sesebuah bandar raya mega yang mencipta pusat membeli-belah moden. Kini, maklumat digital dan pilihan telah memacu 50 peratus daripada jualan pekedai.
Inovasi telah membanjiri pasaran dan kecekapan pemasaran telah meningkat melalui pengiklanan dalam talian dan rangkaian sosial. Peningkatan penggunaan internet mudah alih dan juga peningkatan pendapatan isi rumah telah memacu pasaran e-dagang ini.
Dengan populariti yang semakin meningkat, laman-laman web menggunakan cara-cara inovatif untuk menarik pengguna dan menawarkan pelbagai produk.
Sebagai contoh, kini terdapat portal yang khas bagi penghantaran gula-gula, kek atau barangan manis. Juga terdapat portal tempatan yang cuba membuat tawaran menarik dan unik seperti daging dan ikan segar.
Pesaing yang lebih besar seperti amazon.com juga telah memperkenalkan gourmet, produk organik dan produk khas lainnya bagi permintaan golongan-golongan baru seperti pasangan yang bekerjaya dan keluarga.
Produk-produk tersebut kadang-kadangnya sukar didapati di kedai-kedai tempatan dan orang ramai pada masa ini cuba bereksperimen dengan pilihan gastronomi mereka. Pengenalan cara seperti ini tidak akan datang pada masa sesuai.
Terdapat juga portal pada masa ini yang menawarkan penghantaran makanan segar terus ke depan pintu, suatu segmen yang menjadi sangat popular di kalangan pasangan bekerjaya terutamanya di bandar-bandar seperti Bengaluru di selatan dan Pune di barat.
Syarikat mudah alih dan elektronik juga memperkenalkan produk mereka dalam talian. Dari alat dandanan, telefon, pengecasan semula dan kini perabot, kemudahan seperti ini adalah faktor yang paling besar dalam memacu pasangan di era baru untuk membeli-belah dalam talian.
Ia telah membawa kepada persaingan sengit di kalangan e-penjual, namun pada akhirnya pengguna pasti muncul sebagai pemenangnya. – Xinhua