Membuat roti sambil beramal

Oleh Azlan Othman

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV – Sekolah Kulinari Kolej Perdagangan Laksamana (LCB), dengan kerjasama pelajar Events Management Tahun 2 Universiti Chester telah menganjurkan ‘Let’s Bake! Stay at Home Edition Virtual Class’ untuk mengumpul wang bagi Tabung Bantuan COVID-19.

Kelas berkenaan difasilitasi oleh cef Ferdy Firmansyah Ajun Nur’ain dan Norhassanah Hassan yang menunjukkan cara-cara membuat roti, rol roti dan mufin pisang menerusi persidangan video.

Acara itu bertujuan menggalakkan orang ramai supaya tinggal di rumah dan belajar kemahiran baharu.

Ia juga membentuk sebahagian daripada modul ‘The Live Event’, menawarkan peluang kepada pelajar untuk mempraktikkan bahan pembelajaran mereka di depan orang ramai.
Demonstrasi merupakan panduan langkah demi langkah yang dirakam lebih awal, diikuti oleh sesi soal jawab interaktif dengan peserta.

Acara itu berjaya mengumpul $195 yang akan disumbangkan kepada tabung bantuan berkenaan.

Cef Ferdy menunjukkan cara-cara membuat roti semasa acara tersebut.