Memerap bahan dengan sempurna

Cara memerap merupakan teknik asas memasak yang sangat hebat kerana anda boleh menggunakan apa sahaja jenis daging, ikan, makanan laut, sayur-sayuran dan sebagainya untuk digaul dalam perapan dan anda menjadikan sesuatu yang biasa kepada hidangan makanan yang menarik.

Perapan menambah perisa. Tetapi perisa itu tertakluk dengan bahan-bahan atau sos apa yang anda gunakan. Anda boleh membuat sendiri atau membelinya dari kedai-kedai berhampiran dan perapan buah sitrus, sos perapan buatan Asia dan sebagainya.

Perapan juga menjadikan makanan lembut. Namun bagaimana hendak mengetahui berapa lama anda harus memerap ayam? Kebab sayuran dan lain-lain? Ruangan ini akan mengongsikan panduan untuk menjayakan perapan masakan.

1. Semakin nipis potongan makanan, semakin ringan dan membuat perapan juga tidak memerlukan masa yang lama.

2. Jika memasukkan jus asid seperti sitrus dalam perapan, anda tidak perlu memerap dengan masa yang lama.

3. Jika anda memerap makanan untuk 20 minit atau kurang, ataupun makanan yang anda perap itu seperti sayur-sayuran, pastikan anda memasukkannya ke dalam peti sejuk, terutama jika dapur anda panas.

Menggunakan perapan sebagai sos

1. Jika anda menggunakan sebahagian air perapan itu sebagai sos, asingkan sebahagian air perapan itu sebelum anda mencampurkan dengan bahan mentah.

Tip-tip menggunakan semula perapan

1. Jangan gunakan semula perapan anda kecuali perapan itu hanya digunakan untuk sayur-sayuran dan anda hanya boleh menggunakan untuk beberapa hari sahaja.

Masa memerap bahan-bahan

Jika anda ingin memerap seekor ayam, masa yang perlu digunakan adalah sekitar empat hingga 12 jam. Jika ayam tersebut dipotong mengikut bahagian, masa yang diperlukan adalah dua hingga enam jam. Manakala untuk isi ayam, masanya adalah 30 minit sehingga dua jam sahaja.

Daging

Dalam memanggang daging yang bersaiz besar, seperti kaki kambing dan sebagainya, masa yang diperlukan untuk memerapnya adalah sekitar dua sehingga lapan jam.

Manakala jika bahagian daging itu keras atau stik yang besar seperti tulang rusuk, T bone dan sebagainya, anda perlu memerap dalam satu hingga dua jam.

Ikan dan makanan laut

Bagi ikan yang tiada tulang, atau dikenali sebagai filet dan juga udang, masa perapan hanya memerlukan 15 sehingga 20 minit sahaja. Selain itu, jika anda ingin memerap seekor ikan dan stik ikan, masa yang diperlukan ialah 30 minit kerana ikan itu mempunyai tekstur yang lembut untuk memudahkan air perapan itu sebati bersama ikan dengan mudah.

Produk soya

Tauhu boleh diperap selama 30 minit sehingga satu jam. Bagi seitan dan tempe, perapan boleh dilakukan selama satu sehingga enam jam.

Sayur-sayuran

Bagi sayur-sayuran yang padat dan keras seperti lobak, ubi kentang dan sebagainya, anda harus memerapnya dalam satu hingga tiga jam, berbeza dengan sayur-sayuran yang lembut seperti brokoli, tomato dan lain-lain, ia hanya memerlukan masa untuk diperap dalam 30 minit sehingga satu jam sahaja.

Masa-masa untuk memerap makanan mentah adalah penting kerana air perapan itu memerlukan masa untuk bercampur dengan bahan mentah lebih-lebih lagi tekstur yang keras ataupun yang kenyal supaya perisa perapan itu sebati dengan sempurna bersama bahan-bahan yang anda pilih. -AP

Ayam golek

Bahan-bahan

– 1 sudu besar minyak zaitun

– 1 sudu besar sos tiram

– 1 sudu besar sos ‘chicken marinade’.

– 2 sudu makan lada hitam

– 5 sudu makan kicap pekat abc

– 1 sudu makan basil

– 1 sudu makan serbuk oregano

– Seekor ayam (saiz besar)

– 3 sudu makan serbuk cili babas

– Garam, ajinamoto secukupnya

– 5 sudu makan madu

– 1 sudu makan mentega

– 1 biji bawang besar, belah dua

– 1 biji bawang putih, belah dua (campur kesemua bahan-bahan di atas.)

Cara-cara

1. Basuh ayam sehingga bersih. Anda perlu mengeringkannya terlebih dahulu. Selepas itu perap ayam dengan bahan-bahan tadi selama dua jam. Jika ingin memasaknya pada hari itu juga, anda tidak perlu memasukkannya ke dalam peti sejuk.

2.Panaskan oven dengan suhu paling panas. Kemudian turunkan suhu kepada 180°, api atas bawah,tempoh masa membakar dalam satu jam, 40 minit bergantung pada oven masing-masing.

3. Selepas itu letakkan dulang pada lapisan bawah, jangan lupa letak air ke dalam dulang, supaya ayam tadi tidak kering, bila dimakan menjadi lembut dan berjus.

4. Masukkan bawang, kentang dan air ke dalam dulang.

Tips Masakan

Sapukan lagi ayam dengan bahan perapan sehingga ayam itu berubah warna. Selepas ayam masak, biarkan duhulu ayam itu di dalam oven selama 10 hingga 15 minit.

Anda boleh memasukkan ubi kentang dan bawang-bawang sebagai perhiasan jika perlu.

Perapan istimewa dengan ikan bakar

– 4 ulas bawang putih

– 2 batang serai

– 2 inci halia

– 1 cm kunyit hidup

– 10 tangkai cili padi

– 2 sudu kecil serbuk kunyit

– 3 sudu besar gula

– Garam secukup rasa

– 3 sudu besar minyak masak

– Sedikit air

– 2 biji limau nipis (ambil air perahan)

– Segenggam cili kering

– 2 biji bawang besar

– 2 atau 3 tangkai bunga kantan

– 1 sudu asam jawa

– 1/2 keping gula melaka

– 3/4 helai daun limau purut, dihiris

Cara menyediakan dan memasak:

Kisar semua bahan-bahan tersebut. Perap bersama ikan selama sejam atau lebih. Anda boleh bakar bersama sos perapan untuk menjadikan hidangan yang sangat enak.

Sambal sotong

Bahan-bahan

– 600-800 gram sotong

– 4 sudu makan cili kisar

– 2 sudu makan halia/bawang merah/bawang putih yang dikisar bersama

– ½ cawan minyak masak

– 1 sudu makan gula perang/gula melaka serbuk

– 1 keping asam keping

– Serbuk perasa dan garam secukup rasa

Cara penyediaan

1. Bersihkan sotong dan goreng tanpa minyak untuk keluarkan air sotong hingga separuh masak.

Angkat dan toskan.

Panaskan minyak dan masukkan bawang kisar.

Tumis hingga naik baud an kekuningan.

Masukkan cili kisar.

Masak hingga pecah minyak dan garing dengan api yang sederhana.

2. Bila dah pecah minyak, masukkan gula perang bersama asam keping.

Biarkan sambal tumis bertukar warna menjadi merah tua.

Sesuaikan rasa bersama garam, serbuk perasa.

3. Masukkan sotong yang ditoskan tadi.

Gaul sekejap dan masak lebih kurang 3 hingga 5 minit sahaja.

Jangan terlalu lama nanti sotong lembik.

Jika anda nak masukkan petai, boleh masukkan sekali bersama sotong tadi.

Selamat mencuba.