Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Memohon keberkatan jalani PSR

    Oleh Hajah Saemah Kepli

    KUALA BELAIT, 28 Sept – Lebih 100 pelajar dari 16 buah sekolah rendah kluster 6 Daerah Belait, telah menyertai Majlis Tawakal Penilaian Sekolah Rendah (PSR) yang diadakan di Masjid Muhammad Jamalul Alam di sini, hari ini.

    Majlis anjuran Bahagian Kluster 6 Jabatan Pelajaran Daerah Belait itu diadakan bagi pelajar-pelajar yang bakal menghadapi Peperiksaan PSR dengan tujuan untuk memohon keberkatan daripada Allah S.W.T, supaya para pelajar berkenaan dipermudahkan semasa menghadapi peperiksaan dan mencapai kejayaan yang cemerlang.

    Terdahulu, majlis telah dimulakan dengan menunaikan sembahyang Sunat Duha berjemaah, kemudian disusuli dengan sembahyang Sunat Hajat yang diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Kawasan 1 dan Imam Masjid Muhammad Jamalul Alam, Awang Akop bin Haji Lamat.

    Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai, juga dipimpin oleh Awang Akop.

    Sembahyang Sunat Hajat dan membaca Surah Yasin yang diadakan di Masjid Muhammad Jamalul Alam Kuala Belait.
    Haji Ali Yusri ketika menyampaikan ceramah motivasinya.

    Kemudian, majlis turut diteruskan dengan ceramah motivasi PSR yang disampaikan oleh Pemangku Ketua Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan, Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Pelajaran Kanan/Ketua Kluster 6, Dayang Asmah binti Awang Tengah dan guru-guru dari sekolah-sekolah rendah yang terlibat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda