Memori perlombongan emas China di Australia

BALLARAT – Semasa Steven Cody sedang menuangkan acuan emas ke dalam satu bekas untuk membuat bar emas, dia diperhatikan oleh beberapa orang pelancong dari China dan Steven merasakan kembali suasana satu ketika dahulu, apabila datuknya bekerja sebagai seorang pelombong emas di kawasan itu.

Cody yang berusia 52 tahun merupakan salah seorang pelukis di Sovereign Hill, sebuah muzium terbuka di Ballarat, Australia di mana muzium ini cuba mempamerkan suasana kawasan perlombongan selepas 10 tahun penemuan emas di kawasan itu pada tahun 1951. Pada tahun 2018, muzium ini telah berjaya menarik sebanyak 700,000 pengunjung termasuk lebih daripada 50,000 pengunjung dari China.

Lebih dari satu abad yang lalu, Bukit Sovereign telah berjaya menarik orang ramai dari seluruh dunia termasuk dari negara China. Moyang Cody telah pergi ke Ballarat dari Ireland pada tahun 1851 ketika berusia 21 tahun. “Moyang saya nampaknya berpeluang untuk melihat bagaimana penduduk China bekerja,” jelasnya.

Tahun 2018 menandakan ulang tahun ke-200 penghijrahan penduduk China ke Australia. China berada di bawah pemerintahan Dinasti Qing ketika itu apabila orang ramai teruja dengan berita penemuan lombong emas itu di Australia. Ballarat turut dikenali sebagai ‘Gunung Emas Baharu’ dan beberapa orang penduduk China telah mengembara ke sana, dengan harapan bahawa kehidupan akan terus berubah dengan penemuan emas tersebut.

“Di Ballarat terdapat kira-kira 200 lombong emas seperti Bukit Sovereign,” kata Liu Yilin yang bekerja untuk pemasaran dan komunikasi di Persatuan Muzium Sovereign Hill. “Dianggarkan sekitar 40,000 pelombong dari China telah bekerja di kawasan perlombongan ini,” jelas Cody.

Lebih dari satu abad yang lalu, Bukit Sovereign telah berjaya menarik orang ramai dari seluruh dunia termasuk dari negara China. – Xinhua
Ballarat turut dikenali sebagai ‘Gunung Emas Baharu’ dan beberapa orang penduduk China telah mengembara ke sana, dengan harapan bahawa kehidupan akan terus berubah dengan penemuan emas tersebut. – Xinhua
Beberapa buah khemah pelombong China dipamerkan di muzium tersebut di mana khemah tersebut dilengkapi dengan sebuah katil dan beberapa keperluan harian termasuk lampu dan juga mangkuk. – Xinhua

Peninggalan masyarakat China

Beberapa buah khemah pelombong China dipamerkan di muzium tersebut, di mana khemah tersebut dilengkapi dengan sebuah katil dan beberapa keperluan harian termasuk lampu dan juga mangkuk. Beberapa orang pelombong China juga membawa tablet atau tugu peringatan untuk nenek moyang mereka. Kebanyakan penduduk China berasal dari wilayah Guangdong dan kuil turut dibina di kawasan tersebut.

Pada ketika itu, terdapat tiga cara untuk mendapatkan emas iaitu proses ‘panning’ di sungai, menggali telaga dan proses perlombongan dengan menggunakan batang. “Pelombong China bekerja keras,” kata Liu. “Kebanyakan telaga yang ditinggalkan oleh pelombong Eropah masih mempunyai emas jika pelombong China mencarinya,” tambahnya.

Apabila pelombong China yang produktif telah memperoleh emas yang banyak, pertikaian terus berlaku antara pelombong China dan Eropah. “Oleh itu, mereka berkumpul di Kampung China, yang dijaga oleh pelindung,” jelas Liu. “Para pelindung cuba memastikan bahawa mereka hanya akan bekerja dalam masa yang terhad sahaja,” tambahnya. Kemudian hubungan antara pelombong China dan Eropah terus berubah.

“Beberapa orang pelombong Eropah mengalami septisemia berikutan cara permakanan pelombong-pelombong ini.” kata Liu. Pelombong China cuba untuk menjimatkan kos kehidupan mereka, menanam sayur-sayuran mereka sendiri semasa waktu tidak bekerja. Kemudian mereka menjual sayur-sayuran itu kepada pelombong Eropah, di mana memberikan mereka sumber vitamin dan merawat septisemia mereka.

Dalam cerita yang disampaikan oleh Cody, masyarakat China sentiasa bersahabat. Malah ibu dan ayahnya mengingati pasaran China dan sistem perkebunan. “Masyarakat China akan memberi lebih banyak tumpuan kepada sayur-sayuran berbanding menghasilkan wang,” jelas Liu.

Sesetengah masyarakat China pulang ke negara mereka selepas aktiviti perlombongan selesai, sementara yang lain pula ada yang tinggal, berkahwin dan menetap di negara itu sepertimana datuk ipar Cody. “Nama keluarga beliau adalah Tong dan dia mempunyai ciri-ciri keturunan China, kebanyakan keluarga berasal dari China dan telah berkahwin dengan wanita Inggeris,” kata Cody.

Ayah cody mempunyai ramai rakan berbangsa China malah Cody sendiri mula mempelajari Bahasa China pada tahun lalu. “Kami mempelajari Bahasa Mandarin di Sovereign Hill. Sekarang saya sudah tahu untuk berkomunikasi dengan masyarakat ini,” tambah Cody kepada media.

Terdapat tiga jurupandu China yang membantu menjelaskan segala keterangan dan maklumat kepada pelancong China sementara Cody menuangkan plak emas yang dianggarkan bernilai 160,000 dolar Australia. Tugas utamanya adalah untuk memilih tiga pelancong untuk menyentuh bar emas tersebut. Tetapi Cody perlu mempelajari lagi Bahasa Mandarin untuk berkomunikasi dengan pelancong China. “Sejarah itu penting dan rakyat China diperlakukan dengan teruk namun mereka tetap terkenal sebagai masyarakat yang baik, hormat dan setia,” tambah Cody. – Xinhua