Thursday, February 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mempererat hubungan kekeluargaan

    Oleh Halimen H.H

     

    SEMPENA bulan suci Ramadan dan meraih ganjaran yang terdapat di dalamnya, keluarga dari purih Allahyarham Awang Ahmad bin Arshad, baru-baru ini telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan diteruskan dengan majlis bertahlil bagi ahli keluarga mereka yang telah kembali ke rahmatullah.

    Majlis khatam dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah yang diketuai oleh Haji Masri bin Haji Daud. Antara tujuan mengadakan majlis seumpama itu adalah untuk menghimpunkan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan kekeluargaan dari purih Allahyarham Awang Ahmad bin Arshad.

    Majlis telah diadakan di rumah pengerusi keluarga jejak kasih purih Allahyarham Awang Ahmad bin Arshad, Haji Rosli bin Haji Akop yang bertempat di Kampung Telisai, Daerah Tutong.

    Majlis Khatam Al-Quran terdiri daripada keluarga purih Allahyarham Ahmad bin Arshad.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda