Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Memperkasa minat pelajar dalam pembacaan Jawi

    Oleh Sahama

     

    BAGI memupuk minat pelajar dalam membaca jawi sebagai amalan berterusan, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Kokurikulum meneruskan Program ‘Bijak Jawi’ yang dilaratkan ke seluruh Sekolah-sekolah Ugama Kawasan Brunei I, IIA dan IIIB.

    Program tersebut telah dilaksanakan oleh Sekolah Ugama Selambigar, Kawasan Brunei IIB yang disertai oleh pelajar-pelajar daripada Darjah Pra hingga Darjah 6.

    Program ‘Bijak Jawi’ menjurus kepada penglibatan warga sekolah iaitu guru dan pelajar untuk membantu meningkatkan motivasi pelajar, meningkatkan literasi jawi dan menanamkan sikap rajin membaca sebagai budaya yang berterusan.

    Di samping itu juga, program ini menggalakkan pemimpin sekolah supaya lebih pro-aktif meningkatkan literasi pelajar terhadap bacaan jawi.

    Guru-guru sekolah ketika memberikan penerangkan mengenai peraturan bijak jawi.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda