Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Memperkasa patriotisme

    Datin Paduka Dr. Hajah Norlila semasa sidang media Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-34.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Feb – Kira-kira sembilan hari lagi penduduk dan rakyat di negara ini akan meraikan hari kemuncak sambutan Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-34 pada 24 Februari 2018 di Taman Sir Muda Haji Omar ‘Ali Saifuddien bermula jam 7:30 pagi.

    Acara perhimpunan itu akan turut menyaksikan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta kerabat diraja.

    Perkara berkenaan diketengahkan oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS), Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil selaku Setiausaha Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-34, Tahun 2018 semasa sidang media yang berlangsung di Bilik Persidangan, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, hari ini. (Klik di sini untuk cerita lanjut)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda