Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Memperkasa pembacaan Al-Quran

    Oleh Zulkamal Haji Kamis

     

    MEMBACA Al-Quran merupakan satu ibadah yang mulia dan kita digalakkan untuk membaca Al-Quran malah dijanjikan pahala yang besar walau hanya melihat Al-Quran sahaja. Oleh itu berusahalah untuk sentiasa membaca Al-Quran sama ada belajar, membaca dan banyak lagi.

    Bagi menerapkan lagi kemuliaan membaca Al-Quran, Sekolah Ugama Tanah Jambu telah mengadakan majlis khatam Al-Quran di Dewan Serbaguna Sekolah Ugama PAP Mutawakillah Hayatul Bolkiah, Kampung Serusop baru-baru ini.

    Seramai 43 orang pelajar iaitu 21 orang pelajar lelaki dan 22 orang pelajar perempuan telah berjaya menyelesaikan pembacaan Al-Quran mereka. Hadir selaku tetamu kehormat dalam majlis tersebut ialah Ketua Unit Tatatertib, Jabatan Pengajian Islam, Pengiran Abdul Razak bin Pengiran Haji Metahir.

    Tetamu kehormat majlis bergambar ramai bersama guru besar, guru-guru dan para pelajar khatam Al-Quran.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat majlis, diikuti dengan bacaan Al-Quran bermula daripada Surah Ad-Dhuha hingga An-Naas daripada para pelajar sekolah.

    Tetamu kehormat majlis turut berkesudian menyampaikan cenderahati dan sijil penyertaan kepada para pelajar yang mengikuti khatam Al-Quran.

    Sebelum majlis berakhir, guru besar sekolah, Awang Hamdany bin Matzin menyampaikan cenderahati penghargaan kepada tetamu kehormat. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda