Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Memperkasa umat melalui Tib Nabawi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Okt – Seramai 200 peserta terdiri daripada pensyarah, pelajar dan orang awam menghadiri Forum Tib Nabawi/Perubatan Islam bertajuk “Memperkasa Umat yang Progresif Melalui Tib Nabawi” yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, baru-baru ini.

    Forum sempena Mahrajan Hafl Al-Takharruj ke-7 yang menampilkan tiga ahli panel terdiri daripada Pensyarah Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Profesor Emeritus Dato Dr. Sayyed Muhammad Aqiel, Al-Habib Dr. Sayyed Abdul Hamid Al-Mahdaly dan panel jemputan Haji Anwari bin Haji Rawee, Penceramah Pusat Dakwah Islamiah.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh UNISSA, forum tersebut antara lain bertujuan untuk memberi pendedahan tentang keistimewaan dan kepentingan Tib Nabawi atau Perubatan Islam yang bersumberkan penyembuhan menurut acuan Rasulullah SAW.

    Para ahli panel menjelaskan bagaimana keadaan sebelum kedatangan Islam tentang pengetahuan perubatan yang tidak tersusun, jahil serta bercanggah dengan nilai perubatan yang sebenar.

    Ahli-ahli panel forum menyampaikan pandangan mereka.
    Pensyarah dan pelajar UNISSA serta masyarakat awam yang ikut hadir.

    Pelbagai cara perubatan yang bukan sahaja bertentangan dengan akal malah mengandungi unsur-unsur khurafat dan syirik.

    Pemberian azimat atau tangkal tertentu dalam pelbagai bentuk kemudian dikalungkan atau diletak di badan bagi menjauhi dari gangguan roh jahat dan sebagainya.

    Apabila Islam muncul, tradisi yang tidak masuk akal mula diatasi dengan pelbagai cara melalui ajaran Nabi Muhammad SAW dan hasil ijtihad para sahabat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda