PORTLAND – Apabila datangnya musim sejuk di Amerika Syarikat, kebanyakan penunggang dan peminat basikal akan menyimpan basikal-basikal mereka dan beranggapan menunggang basikal pada musim salji adalah tidak seronok.
Namun pada hari ini, anggapan itu sudah berubah, para penunggang tegar sentiasa berada di luar rumah sepanjang musim tersebut dan menunggang basikal meredah kesejukan musim salji.
Apa yang pasti, basikal yang digunakan bukanlah basikal normal malah ia adalah sebuah basikal bertayar besar atau lebih dikenali sebagai ‘Fat Bikes’, basikal ini mempunyai dua roda yang bersaiz besar dan telah mula digunakan beberapa tahun yang lalu setelah diperkenalkan kira-kira satu dekad yang lalu.
John Grondin yang berusia 48 tahun dari wilayah Scarborough telah membeli basikal bertayar besar ini untuk meredah salji di musim sejuk. “Saya mahu untuk sentiasa di luar dan melakukan riadah serta apa yang penting, menunggang basikal walaupun berada di musim sejuk yang melampau. Saya suka menunggang basikal dan saya juga mahu untuk menunggang basikal di kawasan jalan raya, kawasan bergunung dan sebagainya, apa yang penting, saya harus menunggang basikal,” tambah John lagi kepada wartawan AP.
Basikal bertayar besar atau gemuk ini sangat sesuai untuk digunakan ketika berada di musim sejuk dan salji malah tayar yang lebih dikenali sebagai tayar ginormous ini adalah cukup luas untuk sentiasa terapung di atas salji dan melantun ke atas beberapa halangan. Basikal ini sudah pasti berupaya untuk meredah laluan berbatu dan juga timbunan salji yang tinggi ketika berada di musim sejuk.

“Kebanyakan basikal bertayar besar ini mewakili satu trend utama terutama dalam beberapa pertandingan dalam beberapa dekad ini selepas sebuah basikal BMX telah diperkenalkan pada tahun 1970-an dan basikal gunung konvensional pada tahun 1980-an,” kata Jay Townley, rakan kongsi perusahaan basikal itu yang berpusat di Pennsylvania malah Townley dikenali sebagai seorang perunding dan penyelidikan pasaran syarikat untuk memberikan tumpuan kepada perusahaan basikal berkenaan.
Pembuatan lebih banyak
Semenjak pertumbuhan yang baik terhadap trend basikal ini, pihak pengeluar telah menyediakan sesuatu untuk menggembirakan peminat basikal dengan menghasilkan lagi lebih banya lagi jenis basikal berkenaan dan menurut perangkaan pengeluar, basikal berkenaan telah berjaya meraih kira-kira 18 juta unit setahun.
“Boleh saya katakan bahawa industri basikal ini agak pelik dan tidak tetap kerana basikal ini hanya diperlukan bila ia sangat diperlukan malah jika ada berlaku apa-apa terhadap trend basikal ini, usah khuatir kerana basikal yang bertayar nipis akan membantu untuk menstabilkan lagi perkembangan ekonomi pengeluar daripada terus kehilangan isi padu,” kata Townley lagi kepada wartawan AP.
Ahli kumpulan NPD yang bertanggungjawab dalam mengumpul dan mengenal pasti rangka perancangan ekonomi industri jualan basikal di Amerika Syarikat telah melaporkan bahawa jualan basikal bertayar besar ini telah mampu berkembang sebanyak lapan kali ganda dalam tempoh tiga tahun yang lalu.
Anggaran kumpulan itu telah mencatatkan jualan basikal tersebut AS$74.7 juta pada tahun 2016. Kepopularan basikal ini semakin meningkat setelah semakin ramai individu telah menggunakan basikal ini di luar rumah dan ini sekurang-kurangnya telah berjaya menaikkan lagi sumber ekonomi industri basikal di negara berkenaan.
Setiap kali hujung minggu terdapat beberapa aktiviti perlumbaan dan perayaan-perayaan di seluruh wilayah yang mengalami musim sejuk dan bersalji. Berpuluh-puluh penunggangnya melalui satu tahap di mana suhu cuaca akan bertambah sejuk terutama pada bulan Februari yang lalu dan perkara ini disebabkan oleh aktiviti itu yang dijalankan di kawasan gunung ski tertinggi Maine dan festival itu dinamakan sebagai ‘Sugarloaf Fat Tire Festival’.


Berpotensi?
Basikal jenis ini sebenarnya tidak murah malah lebih mahal. Basikal ini boleh didapati di mana-mana kedai basikal di seluruh dunia namun tidak dinafikan turut terjual basikal yang lebih murah seperti di Wal-Mart.
Kedai-kedai basikal mengjutkan operasi perniagaan mereka yang mana lazimnya pada pertengahan ini ekonomi berjalan perlahan.
Sebuah kedai basikal yang bernama, ‘The Bar Harbor’ akan menutup pintu perusahaan mereka pada musim sejuk tetapi kini sudah berubah malah syarikat itu telah menawarkan sewa basikal tayar besar itu di dalam Taman Negara Acadina Maine. Para penunggang basikal boleh menunggang basikal mereka walaupun dalam salji yang turun dan merentas beberapa buah kawasan dan lokasi.
“Penjualan basikal bertayar gemuk ini memberikan kami sedikit pendapatan terutama pada waktu musim sejuk ini,” kata Marton kepada wartawan AP.
Berada di luar rumah semasa musim sejuk memang satu perkara yang luar biasa apatah lagi menunggang basikal yang mana sebenarnya membawa bahaya namun kebanyakan penunggang tegar pada musim sejuk ini sudah mengetahui bagaimana untuk mengelakkan bahaya.
“Apa yang menarik tentang basikal ini ialah ia boleh membuatkan orang ramai tersenyum dengan reka bentuknya malah ia dianggap seperti seorang kanak-kanak yang melakukan satu perkara yang luar biasa dan menakjubkan,” tambah Crowell kepada wartawan mengakhiri temu ramah. – AP