Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Menang anugerah antarabangsa, semai semangat patriotisme

    KUALA LUMPUR – Tiga pelajar sekolah menengah telah memberi kebanggaan buat Malaysia apabila berjaya meraih pingat dan anugerah daripada pertandingan pendidikan antarabangsa beberapa tahun lepas.

    Berkongsi pengalaman mereka dengan Bernama, Arman Iskandar Asrul Akmal, 16, Muhammad Al Amin Amran, 22, dan Ameerul Atef Mohammad Nazir, 20, berharap kejayaan mereka dapat memberi motivasi kepada orang lain agar Malaysia terus menempa kejayaan.

    Arman Iskandar dinobatkan sebagai juara kategori Bee 8 Oscar pada Eurasian Spelling Bee Lexical Skills Competition di Gdansk, Poland November tahun lepas.

    Beliau yang mewakili Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pondok Upeh, Pulau Pinang terdorong untuk menyertai lebih banyak pertandingan seperti ini pada masa depan apabila melihat bendera sekolahnya di atas pentas.

    “Saya juga berharap kejayaan ini dapat memberi inspirasi kepada rakan-rakan sekolah yang lain untuk tidak berasa rendah diri walaupun jika mereka dari sekolah luar bandar kerana kita mempunyai peluang yang sama sekiranya kita berusaha keras,” katanya.

    Berdasarkan perkongsian ketiga-tiga pelajar tersebut, pertandingan-pertandingan yang telah diikuti selama ini banyak memberi peluang kepada pelajar di seluruh dunia menunjukkan pengetahuan dan berkongsi idea baharu mengenai standard dan teknologi.
    Muhammad Al Amin Amran semasa memenangi pingat gangsa, dalam pertandingan 13th International Standards Olympiad di Korea Selatan ketika menuntut di SMK Baroh Pial, Kelantan pada 2018. – Bernama
    Meskipun semasa Perintah Kawalan Pergerakan, pembahagian masa pembelajaran dan latihan dapat dilaksanakan dengan baik.
    Tiga pelajar telah berjaya mengharumkan Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan membawa pulang pingat dan anugerah daripada pertandingan akademik antarabangsa.

    Beliau berkata pemilihan dilakukan berdasarkan keputusan peperiksaan sekolah dan penguasaan bahasa Inggerisnya, serta pertandingan itu melibatkan empat fasa iaitu peringkat pusingan awal, suku akhir, separuh akhir dan akhir.

    “Bagaimanapun, saya dapat membahagikan masa untuk belajar dan berlatih dengan baik kerana tiga fasa pertama pertandingan dijalankan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

    Muhammad Al Amin pula memenangi pingat gangsa, menewaskan 10 negara dalam kategori sekolah menengah pada pertandingan 13th International Standards Olympiad di Korea Selatan ketika menuntut di SMK Baroh Pial, Kelantan pada 2018.

    Beliau yang kini melanjutkan pelajaran dalam bidang biologi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor berkata, pertandingan itu direka untuk memberi peluang kepada pelajar di seluruh dunia menunjukkan pengetahuan dan berkongsi idea baharu mengenai standard dan teknologi.

    “Saya dipilih dalam pertandingan itu kerana memenangi tempat pertama dalam pertandingan menulis esei peringkat kebangsaan dianjurkan oleh Jabatan Standard Malaysia pada 2017,” katanya.

    Muhammad Al Amin berkata jika diberi peluang, beliau ingin menyertai lebih banyak program antarabangsa yang dapat menyemarakkan rasa bangga menjadi rakyat Malaysia.

    Sementara itu, Ameerul Atef, bekas pelajar Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya menyertai pertandingan debat parlimen dalam Hwa Chong Model of Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Summit di Singapura pada Mac 2019.

    “Saya dipilih selepas keputusan saringan dibuat barisan guru sekolah yang meneliti kemahiran insaniah, asas perdebatan dan pengetahuan am tentang isu geopolitik di rantau Asia Tenggara,” katanya.

    Ameerul Atef berkata melalui bimbingan daripada guru-guru yang berdedikasi, beliau berjaya membawa pulang anugerah Delegasi Terbaik dan Sebutan Terhormat.

    “Selepas seminggu berkampung dan beramah mesra dengan pelajar dari rantau ASEAN, keyakinan saya untuk bercakap dan bergaul dalam bahasa Inggeris lebih kuat.

    “Melihat dari sudut perspektif patriotisme dalam diri saya, semangat cintakan tanah air semakin kukuh kerana program ini membuka mata saya kepada pergolakan geopolitik yang berlaku di rantau ASEAN dan semestinya banyak isu melibatkan negara kita,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...