Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Menang di Hawaii, Smith enggan dabik dada

    LOS ANGELES, 13 JAN – Cameron Smith tidak mempertingkatkan jangkaannya untuk 2022 selepas memenangi Kejohanan Juara PGA, walaupun kemenangan terakhirnya di Hawaii lebih baik daripada prestasi naib juara utama.

    Pemain Australia berusia 28 tahun itu telah mengatasi pemain ranking teratas Sepanyol, Jon Rahm pada Ahad lalu untuk menangi acara di Maui menjelang permulaannya pada hari ini di Terbuka Sony di Honolulu, Hawaii.

    “Permainan terasa sangat baik apabila bermain dengan salah seorang pemain golf terbaik di dunia,” kata Smith. “Dapat bergandingan dengannya adalah sesuatu yang tidak akan saya lupakan.

    “Ia telah bermula tetapi saya bersedia untuk esok. Saya bersedia untuk kembali.”

    Cameron, pemain yang telah membuat pukulan rekod Jelajah PGA dengan 34-bawah par untuk menang di Kapalua, telah memenangi kejuaraan Sony 2020 dan pada November telah memberikan penamat terbaiknya dengan berkongsi tempat kedua Masters di belakang Dustin Johnson.

    Cameron telah bangkit dengan karier terbaiknya sebagai ranking ke-10 di dunia dan dengan tiga 10 teratas dalam usahanya di kejuaraan Augusta Antarabangsa dalam empat tahun kebelakangan ini, ia mungkin nampak seperti momen yang sempurna yang boleh diambil enteng. Tetapi dia sebaliknya.

    “Saya tidak pernah ingin untuk menjangkakan sesuatu terhadap diri saya,” kata Smith kelmarin.

    “Saya adalah jenis lelaki yang perlu memproses. Saya merasa seperti jika saya tandakan semua kotak, saya akan bermain permainan golf terbaik. Saya semestinya ingin bermain dengan baik tetapi saya tidak pernah menjangka yang lebih untuk diri saya sendiri.”

    Dia tidak menetapkan matlamat seperti mencapai lima teratas dalam ranking atau meningkatkan kemenangannya daripada enam, empat dalam Jelajah AS dan dua di Kejohanan PGA Australia. – AFP

    Reaksi Cameron Smith semasa majlis trofi Kejohanan Juara PGA selepas memenangi kejohanan tersebut di Kapalua. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...