Menang pakej berbulan madu ke KL

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jan – Pasangan pengantin baru, Dayang Siti Juliana binti Haji Abdul Hadi dan Haji Mohd Jazimin bin Haji Abidi (gambar) merupakan pengantin bertuah yang terpilih memenangi cabutan promosi ‘Kahwin Honeymoon Free’ anjuran Butik Mahligai Seri Pengantin baru-baru ini.

Mereka memilih destinasi percutian untuk berbulan madu ke Kuala Lumpur.

Kempen promosi yang diadakan pada Februari hingga Julai 2016 itu, menawarkan hadiah berupa dua tiket penerbangan pergi balik berserta tempat penginapan tiga hari dua malam di destinasi pilihan sama ada Singapura, Malaysia, Bangkok, Thailand, Jakarta, Ho Chi Minh City dan Vietnam.