Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

‘Menang perlawanan lebih penting dari No. 1’

BRISBANE, 19 SEPT – Jurulatih All Blacks, Ian Foster menegaskan memenangi perlawanan ujian adalah lebih penting sambil menyatakan kejayaan kembali menduduki ranking pertama dunia sama sekali ‘tiada dalam fikiran mereka’.

New Zealand sah akan kembali menduduki ranking pertama dunia apabila kedudukan ranking terkini dikemaskini minggu ini selepas melakar kemenangan 36-13 ke atas Argentina pada Kejuaraan Ragbi di Brisbane semalam, merampas kedudukan Afrika Selatan buat pertama kali sejak akhir 2018.

Kejayaan New Zealand itu dibantu oleh Australia yang mengejutkan Afrika Selatan 30-17 selepas meraih kemenangan 28-26 pada Kejuaraan Ragbi seminggu sebelum itu.

“Ia tidak berada dalam perancangan kami,” kata Foster mengenai kedudukan ranking.

“Saya tidak bermaksud untuk meremehkan kejayaan ini. Kami akan bertemu Afrika Selatan minggu depan dan perlu fokus kepada perlawanan itu.

“Kami lebih berminat untuk memenangi perlawanan berbanding di mana kedudukan kami dalam ranking dunia.

“Jika kami terlalu fokus kepada kedudukan ranking, kami akan disingkirkan dan tidak akan kekal lama,” tambahnya.

Kemenangan bonus ke atas Los Pumas semuanya melengkapkan Kejuaraan Ragbi untuk New Zealand, yang akan menghadapi Springboks di Townsville minggu depan, perlawanan ke-100 antara kedua-dua pasukan menjelang perlawanan di Gold Coast.

Dengan ketinggalan 10 mata dengan pasukan di kedudukan teratas, Afrika Selatan mesti menang dengan mata bonus pada Sabtu ini untuk mengekalkan harapan gelaran tipis me-reka. – AFP

Aksi Will Jordan dari New Zealand melepasi pemain pertahanan Argentina semasa perlawanan ujian Kejuaraan Ragbi di Brisbane, Australia, semalam. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -