BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jan – Dayang Layla Sofia binti Jufry telah terpilih untuk memenangi tiket kelas ekonomi untuk membuat perjalanan ke mana-mana destinasi negara serantau pilihannya.
Hadir bagi menyerahkan tiket berkenaan ialah Pengurus Besar Eksekutif Bahagian Jualan dan Pemasaran Penerbangan Diraja Brunei (RB), Brett McDougall.
Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Awang Mohd Nazri bin Mohd Yusof.
Dayang Layla Sofia merupakan salah seorang pelajar yang berkunjung ke Hari Terbuka Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bersempena Hari Penerbangan Awam Antarabangsa 2017 yang telah diadakan pada 24 Disember lepas.
Semasa hari terbuka tersebut, lebih 300 pelajar telah mengunjungi kemudahan-kemudahan yang terdapat di Penerbangan Diraja Brunei dan Jabatan Penerbangan Awam.
