Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Menang tuntutan mahkamah selepas dikenakan caj berlebihan

    NEW DELHI, 12 OGOS – Seorang peguam, yang menang pertarungan di mahkamah selama 22 tahun terhadap syarikat kereta api kerana mengenakan caj tiket berlebihan kepadanya sebanyak 20 rupee (AS$0.25) pada tahun 1999, hari ini berkata usahanya untuk mencari keadilan selama ini berbaloi.

    Tungnath Chaturvedi membeli dua tiket dari bandar tempat tinggalnya di Mathura ke Morababad pada 1999 dan dikenakan caj 90 rupee berbanding harga asal tambang iaitu 70 rupee. Dia telah diberikan resit, tetapi pegawai di monopoli rel negeri berulang kali menolak bayaran baliknya.

    Jarak kedua-dua bandar itu kurang daripada 300km, tetapi perjalanannya untuk mendapatkan keadilan memerlukan 120 sesi pendengaran di mahkamah Mathura di hadapan lima orang hakim berbeza sepanjang tempoh lebih dua dekad sebelum akhirnya dia berjaya diberikan pampasan bulan ini.

    Mahkamah telah memberikan Chaturvedi, 66, bayaran balik 20 rupees, termasuk faedah 12 peratus setahun, dan pampasan sebanyak 15,000 rupees.

    “Ia bukan soal wang tetapi ia mengenai hak,” tegasnya. “Sebagai seorang rakyat, saya berhak untuk mempersoalkan rasuah yang diamalkan di negeri ini.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...