Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Menang tuntutan saman berjumlah $20,000

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Mahkamah Tinggi pada 27 September 2021 telah menyelia dua pihak dalam tuntutan saman sivil bagi menyelesaikan pertikaian $20,000 atas serangan yang mengakibatkan kecederaan.

    Dalam kes tersebut, plaintif, Mohammad Abdullah Inamulla @ Yunus menerima pampasan daripada defendan, Ramesh Jiwatram Bhawnani. Pertikaian itu timbul setelah defendan menyerang plaintif pada 31 Disember 2007 di sekitar Kompleks Delima Jaya, Serusop, di mana kedua-dua pihak menjalankan perniagaan mereka di premis kawasan yang sama.

    Akibat serangan itu, plaintif mengalami kesakitan di pipi dan telinganya sebelah kiri.

    Dia juga mengadu bunyi tidak normal di telinga kirinya.

    Setelah dirujuk ke klinik ENT, telinga kanannya didapati mengalami kehilangan pendengaran saraf deria ringan dan kehilangan pendengaran saraf deria kiri yang sederhana hingga mendalam pada telinga kirinya.

    Berikutan serangan itu, plaintif memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan pampasan bagi serangan itu yang mengakibatkan kecederaan.

    Persetujuan pembayaran pampasan itu diselia oleh Pesuruhjaya Kehakiman Haji Abdullah Soefri bin POKSMDSP Haji Abidin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...