Menangi rebat SCB sehingga $2,000

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Pemegang Kad Kredit Visa Bank Standard Chartered (SCB) sedia ada berpeluang untuk memenangi rebat sehingga $2,000, $1,500 atau $500 apabila mereka berbelanja secara kumulatif minimum $500 semasa tempoh promosi di mana-mana kedai atau premis yang mengambil bahagian.

Selain itu, setiap 20 pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah sagu hati rebat sebanyak $100 untuk promosi yang berlangsung sehingga Ogos nanti.

Pemegang Kad Kredit VISA SCB secara automatik akan mendapat 10 peluang penyertaan apabila memenuhi perbelanjaan minimum selain mendapat peluang tambahan untuk setiap $50 yang dibelanjakan selepas itu.

Premis yang terpilih dalam promosi ini termasuk AirBNB, Agoda, Booking.com, Hotels.Com, LuxeNomad.com, Royal Brunei Airlines, Singapore Airlines, Cebu Pacific, AirAsia, Pan Bright Travel, Freme Travel, Anthony Tours, Southern Cross Travel, At -Taqwa Travel dan Century Travel.