Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Menantu Victoria Beckham buat hal dedah isu dalaman keluarga

    Bekas anggota kumpulan Spice Girls iaitu Victoria Beckham dilaporkan berang dengan sikap menantunya, Nicola Peltz yang mendedahkan isu dalaman keluarga kepada umum.

    The News melaporkan Victoria mendapat tahu mengenai perkara itu selepas membaca temu bual Nicola bersama akhbar The Sunday Times baru-baru ini.

    Victoria menyifatkan tindakan Nicola itu seolah-olah sengaja dilakukan bagi menyakitkan hatinya dan menyemarakkan lagi khabar angin tentang hubungan mereka.

    “Victoria melihat Nicola seakan-akan sengaja mencetuskan lebih banyak khabar angin dan bukannya cuba memperbaiki keadaan.

    “Sepatutnya semua salah faham yang berlaku tidak dikongsi kepada umum sebaliknya berbincang secara peribadi,” kata sumber.

    Dalam pada itu, sumber memberitahu Victoria kesal apabila anaknya Brooklyn dan Nicola tidak mengambil sebarang langkah memperbaiki situasi yang berlaku di antara mereka.

    Namun suaminya, David Beckham sentiasa menasihati isterinya agar kekal tenang dan tidak membuat sesuatu yang membuatkan keluarga mereka berpecah. – Agensi

    Perselisihan faham antara Victoria dan Nicola masih belum selesai. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...