BIRMINGHAM akan memiliki menara taman mitos jika reka bentuk baru yang dirangka oleh sebuah firma arkitek British menjadi kenyataan.
Reka bentuk ‘Garden Hill’ terdiri daripada dua buah menara 25 tingkat. Arkitek mengatakan ia menawarkan penduduk dengan tema kediaman seperti ‘oasis’ jauh dari hutan konkrit.
Firma arkitek yang berpangkalan di London tertarik untuk mereka bentuk Digbeth di Birmingham yang akan menempatkan 500 kediaman dan akan dibuat sepenuhnya daripada Cross Laminated Timber (CLT).
Reka bentuk hijau termasuk taman peribadi di setiap tingkat dengan taman bumbung yang luas di luar.
Menara itu juga akan memiliki kemudahan luar biasa termasuk studio rakaman dan ruang untuk menyewa untuk permulaan.

“Bentuk bangunan itu membawa pencahayaan secara maksimum – bagi penduduk dan jiran-jiran mereka,” arkitek Niko Japaridze memberitahu MailOnline.
“Ia juga bermakna bahawa tumbuh-tumbuhan taman akan berkembang – Garden Hill boleh menghijau sepanjang tahun, katanya.
Jumlah ruang lantai adalah seluas 414.410 kaki persegi (38,500 meter persegi).
Reka bentuk itu juga merangkumi di antara 120 hingga 200 ruang letak kereta serta ruang runcit pada paras jalan, menurut New Atlas.
Menara itu akan menjadi sangat mesra alam dan kedua-dua elektrik dan air akan dibekalkan oleh panel solar.
Arkitek juga akan menggunakan pengudaraan pasif dan penebat berkualiti tinggi untuk mengurangkan pembaziran tenaga.