Wednesday, March 29, 2023
26.4 C
Brunei

-

Menari bersama ikan paus di Artik?

SPILDRA, NORWAY, 1 FEB – Meluncur di perairan sejuk Artik di Norway, juara penyelam dunia, Arthur Guerin-Boeri tidak menghiraukan suhu dingin glasier dan kegelapan hanya untuk berkawan dengan haiwan laut paling digeruni – ikan paus.

Sirip muncul dari kegelapan di perairan pulau Spildra di negara Scandinavia. Pemandangan itulah yang sedang dinantikan oleh Guerin-Boeri.

Penyelam Perancis itu menarik nafas dan menyelam lebih daripada 15 meter di bawah perairan sejuk Kvaenangen Fjord untuk melihat ikan paus, yang datang ke kawasan itu untuk memburu ikan hering.

“Saya berada dalam air bersebelahan dengan dua pemangsa raksasa yang menerima saya. Sungguh hebat rasanya,” beritahu penyelam berusia 38 tahun itu kepada AFP.

“Ikan paus berenang secara serentak, seperti tarian balet. Saya suka mengikut ikan itu namun ia mustahil kerana haiwan itu bergerak terlalu pantas sehingga meninggalkan saya di belakang,” tambahnya.

Guerin-Boeri, juara dunia lima kali dalam acara selam bebas kategori dinamik apnea, boleh berenang lebih daripada 100 meter di bawah air dan menahan nafas selama beberapa minit.

Matlamat utamanya menyelam di perairan itu adalah untuk bertemu dengan haiwan mengagumkan itu.

Penemuan itu, menurutnya, hanya mengambil masa kira-kira 30 saat.

Meskipun jarak penglihatan yang teruk dan angin Artik yang boleh membawa suhu perairan di bawah takat beku, Guerin-Boeri berkata pengalaman itu merupakan ‘kenangan yang tidak dapat dilupakan.’ – AFP

Guerin-Boeri berenang bersebelahan Orca di Lautan Artik di Pulau Spildra pada 27 Januari. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bangladesh larang penggunaan plastik di hutan bakau terbesar

DHAKA, 28 MAC – Ahli pemuliharaan Bangladesh kelmarin berkata pelancong membuang sampah di hutan bakau terbesar di dunia telah merosakkan ekosistem dengan serius, memaksa...
- Advertisment -