Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Menarik dan mudah untuk direka

    Oleh Amri HTZ

    Perkakas dapur pada zaman moden ini kebanyakannya terbuat daripada bahan plastik memandangkan ia cukup murah dan versatil untuk dimiliki.

    Namun sesetengah orang lebih menyukai barangan yang terbuat daripada kayu dan mendapati ia lebih menarik dan mampu meningkatkan suasana kerja di dapur.

    Pelbagai jenis perkakas yang terbuat daripada kayu boleh dimiliki di pasaran. Sesetengahnya cukup ringkas tetapi memiliki harga yang cukup lumayan. Dengan memiliki peralatan yang mencukupi, apa kata awda reka sendiri barangan tersebut di rumah.

    Barangan yang perlu ada

    Pada projek rekaan kali ini akan mereka papan pemotong yang terbuat daripada kayu terpakai. Tujuannya adalah bagi memanfaatkan kayu-kayu yang tidak digunakan daripada dibuang atau dibakar begitu sahaja. Sebelum memulakan projek, terlebih dahulu awda perlu menyediakan barangan seperti kepingan papan terpakai, gam kayu, minyak mineral, mesin ketam kayu, mesin router, pengepit kayu (pipe clamp), mesin pemotong kayu, pita pengukur, papan lapis, kertas pasir dan rubber feet berdiameter 2 sentimeter.

    Setiap langkah itu penting

    Kepingan papan terpakai atau lebihan daripada projek sebelumnya terlebih dahulu akan dibersihkan permukaannya agar bebas daripada paku, stapler mahupun skru. Setelah itu ia akan diketam untuk mendapatkan ketebalan dan lebar yang sama rata.

    Kepingan kayu yang telah dicantumkan pada langkah awal akan diratakan menggunakan mesin ketam kayu.
    Langkah memotong cantuman kayu sebelum membolehkannya disusun semula bagi membentuk permukaan rekaan yang berlainan corak.
    Rubber feet yang ditetapkan menggunakan skru pada bahagian bawah rekaan.
    Antara alat yang digunakan untuk mencantumkan kayu menjadi satu bahagian.
    Papan lapis digunakan sebagai panduan ketika mesin router disorong bagi mereka alur.

    Langkah untuk mendapatkan ketebalan yang sama rata ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang mandatori, malahan awda juga boleh menggunakan kayu-kayu yang mempunyai ketebalan yang berlainan. Namun projek ini menyasarkan keseimbangan dalam rekaan oleh itu setiap kepingan akan diketam dan dipotong dengan lebar yang sama.

    Lebih kurang 16 batang kayu akan digunakan di sini dengan panjang yang lebih kurang sama (langkah seterusnya akan dipotongkan dengan sama panjang). Lapan batang kayu berwarna gelap dan lapan batang kayu berwarna cerah sengaja digunakan di sini untuk memberikan keunikan dalam rekaan.

    Susunan kepingan kayu tersebut juga akan ditekankan dalam projek ini di mana dimulai dengan sebatang kayu berwarna gelap, diikuti dua batang kayu berwarna cerah dan dua batang kayu berwarna gelap secara berselang-seli sehingga diakhiri dengan sebatang kayu berwarna gelap. Permukaan kayu yang lebar akan dijadikan permukaan cantuman pada projek ini. memandangkan lebar kayu yang telah diketam lebih kurang 2 ½ inci, ini akan mendapatkan papan pemotong dengan ketinggian sedemikian.

    Setelah dilakukan penyusunan, permukaan cantuman kayu akan disapukan dengan gam kayu secara keseluruhannya. Selesai menyapukannya, cantumkan kesemua kepingan tersebut dan kepit menggunakan pipe clamp untuk mengekalkan kedudukannya secara sementara. Tekanan yang perlu diberikan ketika proses mengepitnya perlulah mencukupi.

    Cara mengetahui tekanan untuk mencantumkan kayu mencukupi, ruangan yang terdapat pada cantuman. Ruangan tersebut sepatutnya tertutup selain itu perhatikan juga gam kayu pada permukaan cantuman. Ia sepatutnya meleleh keluar apabila diberikan tekanan dan ketika mengetatkan alat pengepit, putar pemegang sehingga ia terlalu keras untuk diketatkan lagi.

    Memandangkan pipe clamp yang digunakan lebih daripada satu, ketatkan setiap satu alat satu persatu dan kemudian kembali semula pada alat pertama yang diketatkan sehingga kesemuanya seimbang.

    Gam yang telah mengering pada rekaan setelah dibiarkan selama 24 jam kemudiannya akan dibuang menggunakan pahat kayu. Pastikan pahat telah diasah dan cukup tajam agar proses membuangkan lebihan gam menjadi mudah dan cepat. Menggunakan cross cut sled, potong cantuman kayu tersebut menjadi kepingan kayu berukuran 1 5/8 inci.

    Potongan kayu tersebut kemudiannya akan dicantumkan menjadi satu kembali bagi mendapatkan corak permukaan yang unik. Caranya dengan menterbalikkan kayu-kayu tersebut untuk menghasilkan corak yang berbeza.

    Seperti yang boleh dilihat pada hasil akhir rekaan pada gambar disertakan, jika diperhatikan, awda akan menyedari terdapatnya perbezaan corak pada setiap barisan kayu yang dicantumkan. Teknik ini digunakan bagi menyembunyikan warna kayu yang berbeza digunakan memandangkan sumbernya daripada kayu terpakai atau lebihan projek sebelumnya.

    Setelah mencantumkannya (langkah sama dilakukan seperti sebelumnya), keseluruhan permukaan rekaan akan diketam semula bagi memastikan keseluruhan permukaan sama rata. Langkah ini dilakukan bagi memperbetulkan kesilapan (jika berlaku) ketika proses mencantumkannya menjadi satu tanpa disedari. Ini boleh sahaja kayu yang tersusun untuk dicantumkan tidak sama rata atau proses mengetatkan alat pipe clamp menjadikan kedudukan susunan sedikit berubah.

    Bagi awda yang tidak memiliki ruangan mesin ketam yang cukup besar untuk mengetam keseluruhan permukaan rekaan, menggunakan kertas pasir sudah cukup memadai. Gunakan kertas pasir yang agak kasar berukuran 60 grit akan mempercepatkan proses berkenaan. Bagi bahagian sisinya pula, ratakan dengan cara memotongnya menggunakan mesin pemotong kayu meja.

    Bagi mendapatkan alur pada bahagian sisi rekaan yang berguna untuk menghalang material berbentuk bulat untuk bergolek keluar, ia akan dilakukan menggunakan mesin router. Dalam memastikan kedudukannya sama rata, papan lapis akan ditetapkan pada keseluruhan bahagian sisi rekaan sebagai panduan ketika awda menyorong mesin. Dengan panduan papan lapis tersebut, awda hanya perlu menyandarkan bahagian sisi mesin pada permukaan papan lapis dan memulakan proses mereka alur dengan berhati-hati. Cove box bit akan digunakan untuk proses mereka alur.

    Selain alur, sudut rekaan juga akan dibulatkan bertujuan bukan sahaja untuk penampilan, malahan keselesaan ketika menggunakannya. Corner round bit akan digunakan untuk langkah ini yang cukup mudah dilakukan dengan hanya menyorongkan mesin pada keseluruhan sudut rekaan.

    Sebelum menyapukan keseluruhan permukaan rekaan dengan minyak mineral untuk melindunginya daripada kelembapan, papan pemotong tersebut perlu digosok dengan kertas pasir halus berukuran 400 grit diikuti dengan 800 dan 1,500 grit. Langkah terakhir ialah menetapkan rubber feet pada bahagian bawah papan pemotong dan kini ia sudah sedia digunakan sekali gus menyerikan lagi ruangan dapur.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...