Menarik minat pembelajaran fizik

MIRI – Lebih 100 pelajar asas semester dua dari Fakulti Kejuruteraan dan Sains Universiti Curtin Malaysia (Curtin Malaysia) mempamerkan projek fizikal mereka sebagai sebahagian daripada unit Fizik 062 untuk mempamerkan projek fizik mereka yang diadakan di kampus universiti berkenaan baru-baru ini.

Dengan mengemukakan tema ‘Now Everyone Can Physics’, pameran tersebut menampilkan sebanyak 12 projek di mana setiap pasukan pelajar menggunakan model skala kreatif dalam menunjukkan pelbagai konsep fizik kepada penonton yang mempunyai latar belakang yang berbeza dan pelbagai.

Setiap pelajar akan menjelaskan konsep fizik yang mereka pilih dalam istilah yang mudah dengan bantuan model mereka dengan tujuan membangkitkan rasa minat dalam pembelajaran fizik. Pelajar juga berusaha memastikan model-model mereka mampu membangkitkan rasa minat dan berinteraksi.

“Kami sangat kagum dengan kualiti kerja pelajar. Kualiti kerja mereka menunjukkan komitmen yang baik dalam menyampaikan projek-projek yang berkualiti dan memastikan demonstrasi yang berkesan dalam menyampaikan konsep yang mereka pilih,” kata pensyarah, Hii Kiew Ling, penyelaras unit fizik 062.

Projek yang memberangsangkan

Pengunjung yang melawat pameran di bangunan Fakulti Kejuruteraan dan Sains juga sangat tertarik dengan kebanyakan pameran yang dibuat oleh pelajar dan mula menyedari bahawa pembelajaran fizik juga boleh menjadi satu subjek yang menyeronokkan.

Hadiah diberikan kepada pasukan yang terbaik iaitu The Fantastic 9 yang memperlihatkan projek prinsip Archimedes dan memenangi Anugerah Penyampaian Projek Terbaik manakala kumpulan Satay pula menunjukkan prinsip Pascal, memenangi Anugerah Model Terbaik.

Hii berkata bahawa projek itu memberikan satu pencapaian yang besar khususnya kepada pelajar kerana pelajar dapat menggunakan kreativiti dan inovatif bagi menterjemahkan konsep fizik ke dalam model menarik untuk menarik minat para pengunjung.

Menurut Hii juga, karya pelajar ini akan didokumentasikan dalam video pendidikan, yang akan digunakan sebagai sumber pengajaran di masa hadapan. Dia berkata bahawa pelajar juga gembira kerana dapat menyumbangkan sumber pengajaran terhadap fakulti.

Curtin Malaysia menawarkan kursus asas selama satu tahun dalam kursus kejuruteraan, sains, perdagangan dan kesenian (media) yang kemudian dimasukkan ke dalam program sarjana kejuruteraan dan sains, perniagaan dan kemanusiaan. Kursus ini juga direka bagi lepasan sekolah bagi mendapatkan lagi kemahiran dan pengetahuan penting untuk peralihan yang lancar untuk pengajian tinggi sekali gus menyediakan asas-asas terbaik untuk meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Muda.

ATAS & BAWAH : Setiap pelajar akan menjelaskan konsep fizik yang mereka pilih dalam istilah yang mudah dengan bantuan model mereka. – Gambar serahan Curtin Malaysia

Antara pelajar yang mendapat penghargaan. – Gambar serahan Curtin Malaysia