Mencari berkat masa dengan amal baik
KITA sudah berada di tahun baru 2018 Masihi. Rasa begitu pantas masa berlalu, seolah-olah baru semalam menyaksikan percikan bunga api menyambut ketibaan tahun 2017 dan tiba-tiba kita sudah berada di tahun 2018. Inilah juga antara tanda-tanda akhir zaman seperti diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Baginda S.A.W bersabda: “Tidak berlaku hari kiamat sehingga masa menjadi cepat,


































