Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mendarat tanpa tayar

    Pesawat penumpang LOT dari Poland mendarat dengan muncungnya menghadap ke bawah selepas membuat pendaratan kecemasan bersama 59 orang penumpang dan empat anak kapal di Lapangan Terbang Antarabangsa Chopin di Warsaw, semalam. – AP

    WARSAW, 12 Jan – Seorang jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Warsaw berkata semalam bahawa sebuah pesawat dari Poland yang membuat penerbangan domestik selamat melakukan pendaratan kecemasan dengan roda hadapan tidak berfungsi dan semua penumpang selamat.

    Jurucakap Lapangan Terbang Chopin Warsaw, Adrian Kubicki berkata dalam TVN24 malam semalam bahawa roda hadapan pesawat Bombardier Dash Q400 tertutup semasa pendaratan, mengakibatkan muncung pesawat mengenai landasan.

    Kubicki berkata seramai 59 orang penumpang dan empat anak kapal keluar tanpa sebarang bantuan dan berada dalam keadaan selamat. (Klik di sini untuk berita lanjut)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda